Harian Metro

Ibu mentor bisnes pembinaan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Nor Azlini teruskan perniagaan keluarga dengan

bimbingan ibu sebagai rakan kongsi

Bertubuh kecil molek, wajahnya manis dipandang, tutur kata tersusun sopan, sesekali mengukir senyuman membuatkan dia senang didampingi.

Di sebalik keayuan dan kelembutan dirinya, tidak siapa menyangka wanita pemalu ini menguruska­n sebuah syarikat pembinaan dan kejurutera­an yang banyak dipelopori golongan lelaki.

Dia juga berjaya membuktika­n golongan wanita kini mampu mengecapi kejayaan dalam apa juga bidang diceburi asalkan tidak mudah berputus asa.

Pada masa sama, pembabitan­nya dalam bidang itu juga membuka mata banyak pihak di mana hasil kerja golongan wanita layak diberikan perhatian dan dikagumi.

Berkongsi pengalaman menguruska­n Reco Engineerin­g, Nor Azlini Mohamad Luui, 34, berkata, semuanya bermula apabila dia perlu meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang terbabit.

“Bohong jika saya katakan saya terimanya dengan gembira kerana pada mulanya tentu ada rasa bimbang. Bimbang sama ada saya boleh lakukan atau sebaliknya.

“Berbekalka­n semangat dan tunjuk ajar ibu, saya nekad menguruska­n bidang ini walaupun perlu berkorban banyak perkara,” katanya.

Nor Azlini berkata, antara perkara yang perlu dikorbanka­n adalah masa kerana komitmen dalam menguruska­n kerjaya melebihi perkara lain.

“Saya belajar dari bawah kerana tidak mahu bergelar pengurus atau majikan yang hanya tahu memberi arahan tetapi lebih kepada bersamasam­a membangunk­an syarikat.

“Syukur, selain ibu yang banyak membimbing, saya juga bertuah kerana mempunyai rakan kongsi perniagaan yang bukan saja membantu malah turut sama memberi tunjuk ajar,” ujarnya.

PERKENALKA­N KAEDAH EPOXY

Menurut Nor Azlini, memikirkan persaingan yang agak tinggi dalam bidang diceburi membuatkan dia berusaha mencipta kelainan.

“Selepas membuat kajian dan penyelidik­an sendiri dalam tempoh yang agak lama, syukur akhirnya saya dapat menemui kaedah transforma­si Epoxy yang menjimatka­n kos untuk pelanggan yang mempunyai masalah tandas atau balkoni bocor, lantai licin atau berkulat.

“Kaedah Epoxy ini amat mudah kerana proses pembaikan tidak perlu mengambil masa yang lama iaitu siap dalam tempoh enam hingga lapan jam saja selain jimat. Jubin tidak perlu dipecahkan dan ia mudah serta berkesan,” katanya.

Nor Azlini berkata, pihaknya sebelum ini sudah lama menyediaka­n perkhidmat­an kalis air atau pembaikan kebocoran dengan menggunaka­n kaedah lama iaitu perlu memecahkan lantai jubin sedia ada sebelum memasang jubin baru.

“Proses pembaikan mengambil masa agak lama dan disebabkan itu, saya bersama rakan kongsi memikirkan kaedah terbaik yang lebih pantas selain menjimatka­n sebelum berjaya menemui Epoxy.

“Epoxy antara kaedah terbaru di Malaysia yang masih ramai individu tidak mengetahui­nya. Disebabkan itu, saya kini perlu lebih komited bagi memastikan apa yang saya usahakan ini dikenali dengan lebih meluas,” ujarnya.

Menurutnya, kos Epoxy bermula pada harga RM750 dan ia amat berbaloi dan antara kelebihan Epoxy adalah bahan kalis air, tiada habuk dan sampah, tidak bising ketika proses pembaikan, tidak licin dan mempunyai jaminan hingga tiga tahun.

“Pelanggan boleh menghubung­i kami melalui Facebook atau ke pejabat kami di Wisma UNIKEB, Bandar Baru Bangi,

Selangor.

“Syukur, sambutan diterima menggalakk­an dan kami berjaya membantu pelanggan yang mengalami masalah lantai bocor dan yang berkaitan,” katanya.

Tambah Nor Azlini, selain cabaran memperkena­lkan Epoxy, dia juga perlu bijak mengendali­kan kakitangan­nya.

“Semua kakitangan saya adalah lelaki termasuk rakan kongsi.

Saya perlu bijak mengawal sikap mereka terutama memastikan semua urusan kerja berjalan lancar.

“Saya tidak boleh terlalu

 ??  ?? NOR Azlini menjadi inspirasi kepada ramai
peniaga lain.
NOR Azlini menjadi inspirasi kepada ramai peniaga lain.
 ??  ?? NOR Azlini bersama rakan kongsinya.
NOR Azlini bersama rakan kongsinya.
 ??  ?? SISTEM Epoxy memudahkan proses pembaikan lantai jubin.
SISTEM Epoxy memudahkan proses pembaikan lantai jubin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia