Harian Metro

Berkebun hobi paling seronok

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Sehijau warna daun. Ramai mengakui rona hijau bukan saja mendamaika­n malah ia mampu mewujudkan ketenangan emosi yang sukar digambarka­n tatkala menatap warna itu.

Apabila menyentuh mengenai warna hijau, antara yang paling sinonim adalah tumbuhan

dan sayur-sayuran hijau.

Ramai menyedari, menikmati sayur-sayuran segar yang ditanam sendiri sememangny­a berbeza kerana ia mendatangk­an satu kepuasan yang sukar digambarka­n dengan katakata.

Selain segar dan menjimatka­n kos, aktiviti berkebun dengan menggunaka­n sebaik mungkin ruang yang ada di rumah mampu mewujudkan suasana mendamaika­n terutama ketika memandang suasana

hijau di sekeliling rumah.

Rashidah Ahmad berkata, dia amat meminati aktiviti bercucuk tanam yang dianggap antara hobi paling menyeronok­kan.

“Setiap kali bercucuk tanam di kawasan tanah kecil di belakang rumah membuatkan saya berpeluh dan ia dijadikan pengganti senaman harian memandangk­an saya bukanlah individu yang bersenam secara konsisten.

“Selain menyihatka­n, aktiviti ini juga antara terapi terbaik buat saya dan seluruh ahli keluarga setiap kali memandang semua tumbuhan yang ditanam hidup subur,” katanya.

Rashidah berkata, antara yang ditanamnya adalah serai, halia, pandan, kemangi, limau kasturi, limau purut, belalai gajah dan sambung nyawa.

“Perkara paling menyeronok­kan setiap kali melihat tanaman ini berbuah dan saya seisi keluarga bersama-sama menuai hasilnya sebelum dijadikan hidangan.

“Disebabkan ditanam sendiri, saya tidak perlu bimbang dengan faktor keselamata­n dan kebersihan kerana semuanya dijaga sendiri bermula daripada proses menanam sehinggala­h menuai. Malah, saya juga tidak menggunaka­n racun serangga perosak,” katanya.

Menurutnya, walaupun hanya berbekalka­n tanah kecil, dia berusaha memanfaatk­an ruang itu sebaik mungkin bagi mempelbaga­ikan jenis tanaman.

“Sukar digambarka­n namun saya yakin hanya individu yang meminati hobi ini dapat memahami dan merasai nikmat sebenar hasil daripada bercucuk tanam.

“Selain diri sendiri, aktiviti kebun dapur ini juga antara hobi seisi keluarga yang dapat merapatkan hubungan kami terutama ketika menuai hasil,” ujarnya.

Tambah Rashidah, dia juga berhasrat memastikan jumlah tanamannya bertambah setiap bulan.

“Aktiviti ini juga membuatkan saya perlu rajin. Rajin untuk menanam, menjaga dengan baik sehinggala­h menuai hasilnya.

“Ia juga secara tidak langsung menjadikan saya seorang individu yang sentiasa bersyukur setiap kali melihat hasil tanaman yang segar,” katanya.

Perkara paling menyeronok­kan setiap kali melihat tanaman ini berbuah dan saya seisi keluarga bersama-sama menuai hasil sebelum dijadikan hidangan

 ??  ?? GEMARKAN rona hijau.
GEMARKAN rona hijau.
 ??  ?? SEGAR dan lazat dimakan.
SEGAR dan lazat dimakan.
 ??  ?? HASIL sayuran ditanam sendiri.
HASIL sayuran ditanam sendiri.
 ??  ?? ANTARA sayur-sayuran ditanam.
ANTARA sayur-sayuran ditanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia