Harian Metro

Pelik pelakon utama buat hal

-

Bercakap mengenai filem industri tempatan, SS teringat seorang teman yang meluahkan rasa kecewa apabila heroin filem tidak hadir ketika majlis tayangan perdana filem itu.

SS pun berfikir, apa alasan pelakon utama tidak hadir pada malam itu sedangkan filem berkenaan adalah naskhah pertama lakonannya?

Setahu SS, dalam perkara begitu, mana-mana pelakon akan teruja untuk turun padang mempromosi­kan filem lakonannya. SS pernah juga melihat pelakon yang kurang sihat tetap datang ke tayangan perdana untuk media kerana berasa itu tanggungja­wab mereka untuk sama-sama mempromosi­kan karya itu.

Lain pula dengan pelakon baru ini. Langsung tidak tunjuk muka dan hanya mempromosi­kan filem itu menerusi Instagram. Itu pun, tak nampak sangat dia bersungguh-sungguh.

Lebih pada cukup syarat saja.

Menurut teman SS, selepas dirujuk daripada beberapa orang, ada khabar angin mengatakan si pelakon itu tidak hadir kerana sedang berbadan dua. Sehingga kini yang diketahui dia masih berstatus bujang.

Ada juga yang mengatakan, dia tidak hadir kerana mempunyai sedikit perselisih­an faham dengan pihak produksi. Disebabkan isu itu, pelakon jelita itu membuat keputusan untuk membiarkan pelakon lain saja yang turun padang bagi kerja promosi.

SS rasa, kalau alasan tidak sebulu dengan pihak produksi, manamana pelakon pernah berhadapan situasi ini namun mengetepik­an buat sementara waktu kerana lebih mementingk­an produk lakonan mereka itu.

Kalau diharapkan tular semata-mata kerana punya wajah mirip seperti Selena Gomez, ia belum tentu dapat menarik umum menonton filem itu. Umum lebih suka jika pelakon terutama watak utama turun padang.

Bagaimanap­un, SS harap khabar angin itu tidak benar dan ketidakhad­iran pelakon itu pada malam berkenaan disebabkan masalah kesihatan.

SS: Sedap pula lagu Bobo Di Mana versi metal. Ini pula cerita seorang penyanyi yang sejak awal pembabitan sampai sekarang masih belum dapat mencari peluang kukuh bertapak sebagai penghibur ternama.

Penyanyi ini pernah menyertai sebuah program realiti di bawah jagaan seorang penghibur yang mempunyai vokal mantap dan mampu menarik nada tinggi.

Namun, dia tidak berpeluang menunjukka­n bakat sebenar kerana penghibur berkenaan menggugurk­an namanya. Dengar cerita, penyanyi itu dibuang kerana masalah sikap.

Baru-baru ini, dia menyertai satu pertanding­an dan mendapat tempat kedua. Penganjur pertanding­an itu menyerap semua finalis yang bernaung di bawah syarikat pengurusan namun si penyanyi itu kemudian cuba mempengaru­hi finalis lain supaya tidak menandatan­gani kontrak.

Kononnya dia sudah lama dalam industri muzik dan tahu lebih banyak keburukan bernaung di bawah syarikat pengurusan dan lebih baik bergerak sendiri dan uruskan kerjaya.

Dia menghasut finalis lain supaya tidak menerima tawaran daripada syarikat itu sedangkan dalam diam dia menghubung­i wakil syarikat untuk bertanyaka­n kontrak berkenaan dan tidak sabar untuk menandatan­ganinya.

Menurut sumber, penyanyi itu juga meletakkan pelbagai syarat dan sudah demand macam-macam. Mengetahui perangai buruknya itu, syarikat berkenaan memutuskan untuk tidak menyerap dirinya sebagai salah seorang syarikat.

Dengan perangai seperti itu, tidak hairanlah penyanyi itu masih berada di takuk lama tanpa sebarang perubahan. Kalaulah dia popular, entah perangai apa lagi yang dia tunjukkan.

SS: Yang popular lebih kenal apa itu rendah diri berbanding yang baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia