Harian Metro

Kejar bekalan akhirat

- Hazira Ahmad Zaidi cnews@nstp.com.my

Setiap kali azan di surau berkumanda­ng, warga emas dari Kampung Mahligai di sini, ini akan menolak kerusi roda sendirian untuk ke surau berkenaan.

Kerusi roda itu tidak didudukiny­a tetapi disorong sebagai sokongan untuknya berjalan.

Hampir setiap hari, Hamlah Mohamad, 77, melakukan perkara sama dan jarak surau dari rumahnya kira-kira 200 meter.

Menurutnya, sejak suaminya, Shafie Ismail meninggal dunia awal tahun lalu, dia tinggal bersendiri­an dan menguruska­n dirinya sendiri memandangk­an dua anak sudah berkeluarg­a serta tinggal berasingan.

“Anak ada mempelawa tinggal bersama mereka namun mak cik lebih selesa tinggal di rumah sendiri kerana tidak mahu menyusahka­n mereka.

“Mereka memang selalu datang menjenguk mak cik di sini,” katanya.

Nenek kepada 12 cucu itu berkata, kerusi rodanya disorong untuk bergerak itu milik arwah suami dan dia lebih selesa menolaknya ketika berjalan, berbanding menggunaka­n tongkat.

Katanya, menggunaka­n kerusi roda lebih stabil dan seimbang berbanding tongkat.

“Ketika arwah suami masih ada, mak cik akan menolaknya dengan kerusi roda ini dan kami bersama-sama menunaikan solat di surau berhampira­n,” katanya.

Hamlah berkata, pada usianya begitu, tiada apa lagi dikejarkan melainkan ilmu agama dan bekalan akhirat.

Berikutan itu, katanya, dia selesa meneruskan rutinnya dengan solat berjemaah dan mendengar ceramah di surau berhampira­n.

“Hanya ini bekalan yang mak cik akan bawa apabila dijemput Allah kelak.

“Soal dunia sudah tak fikir lagi,” katanya yang turut mengambil upah membuat kelongsong kuih tepung pelita jika ada masa terluang.

„ Warga emas 77 tahun cekal tolak kerusi roda sendirian untuk ke surau setiap kali azan

 ??  ?? HAMLAH menolak kerusi rodanya untuk ke surau berdekatan rumahnya di Kampung Mahligai.
HAMLAH menolak kerusi rodanya untuk ke surau berdekatan rumahnya di Kampung Mahligai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia