Harian Metro

Buka kaunter SST

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kewangan dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuka kaunter pertanyaan berhubung Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) di Kompleks Kastam, Wilayah Persekutua­n, Kelana Jaya, bermula Selasa ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, dua pegawai daripada Pejabat Menteri Kewangan iaitu akauntan bertauliah Datuk Ooi Kok Seng dan bekas Ketua Pegawai Kewangan syarikat antarabang­sa Toh Yen Kee turut hadir menangani sebarang aduan, pandangan dan pertanyaan orang ramai berhubung SST.

“Mereka akan bersama-sama membantu orang awam sehingga bilangan aduan berhubung SST berkuranga­n,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Guan Eng berkata, setakat ini, sebanyak 18 sesi taklimat soal jawab SST diadakan di seluruh negara dengan dihadiri lebih 15,000 peserta.

“Selepas menerima maklum balas daripada peserta, Kementeria­n bersama JKDM menurunkan kadar SST daripada 10 peratus kepada lima peratus untuk tayar pneumatik dan motosikal elektrik,” katanya. Pokok Sena: Kementeria­n Sumber Manusia merekodkan lebih 90 peratus banduan yang menjalani Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dalam tempoh hukuman berjaya memperoleh tempat dalam pasaran pekerjaan di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata sehingga 31 Ogos lalu, seramai 13,779 perantis yang terdiri daripada banduan, tahanan dan penghuni Sekolah Henry Gurney berjaya didaftarka­n membabitka­n 46 bidang Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pelaksanaa­n SLDN adalah usaha mempersiji­lkan bekas banduan dalam pelbagai kemahiran bagi membolehka­n diterima dalam pasaran kebolehker­jaan sekali gus memberi peluang membina hidup baharu.

 ??  ?? GUAN Eng
GUAN Eng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia