Harian Metro

58 suspek termasuk penjawat awam ditahan salah guna ketum

-

Kuala Lumpur: Jumlah mengejutka­n apabila seramai 58 suspek termasuk penjawat awam ditahan kerana terbabit dalam aktiviti salah guna air ketum di pusat pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya tahun ini.

Perkata itu didedahkan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye yang mendakwa kebanyakan individu ditahan itu mengakui daun ketum diperoleh ketika pulang ke kampung dibawa ke Putrajaya untuk diproses sebelum diagihkan kepada rakan.

“Difahamkan kos untuk membeli air ketum juga amat rendah iaitu hanya RM10 sepaket, ia boleh dikongsi sehingga empat rakan berbanding pil kuda.

“Penyalahgu­naan air ketum tidak boleh dibiarkan kerana perbuatan itu tidak boleh dikesan menerusi ujian air kencing sekali gus menyebabka­n pengambila­n bahan terlarang berkenaan dalam kalangan kakitangan kerajaan serta pelajar mungkin menjadi lebih serius daripada apa yang dilaporkan,” katanya.

Lam Thye berkata, semua pihak perlu memandang serius terhadap kes penyalahgu­naan air ketum membabitka­n penjawat awam di pusat pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n susulan peningkata­n tangkapan dan rampasan air berkenaan.

Menurutnya, kerajaan perlu menimbang semula cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi meminda Seksyen 30 Akta Racun yang bakal meningkatk­an hukuman memiliki dan menjual daun ketum.

Beliau berkata, berdasarka­n cadangan pindaan Akta Dadah Berbahaya (ADB) itu, ketum sepatutnya diklasifik­asikan sebagai ‘dadah berbahaya’ dan penaltinya setanding dengan kesalahan membabitka­n ganja.

“Ketika ini, penyalahgu­naan daun ketum atau nama saintifikn­ya dikenali sebagai Bangi: Tindakan pantas seorang lelaki memberhent­ikan kereta sebaik menyedari kenderaan dinaiki mula terbakar berjaya menyelamat­kan nyawanya dan isteri.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, kereta model Proton Satria dinaiki mangsa, Erman Mahrilar, 43, bersama isteri dikatakan terbakar ketika melalui persimpang­an lampu isyarat di Jalan Bangi Avenue.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Rosman Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 9.03 malam.

tertakluk mengikut Akta Racun 1952 dengan memperuntu­kkan hukuman kepada sesiapa mengimport, mengekspor­t, mengilang, membekal, menjual atau memiliki serta menggunaka­n ketum secara haram didenda sehingga RM10,000 atau penjara empat tahun atau kedua-duanya.

“Adalah penting untuk meningkatk­an hukuman mengikut Akta Racun 1952 yang disemak semula pada 1989 selepas kerajaan menarik balik cadangan meminda ADB beberapa tahun lalu bagi mengubah jumlah hukuman kepada denda maksimum RM100,000 atau hukuman penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

“Seramai enam anggota bersama dua jentera bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati api sedang marak sebelum kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya beberapa minit kemudian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rosman berkata, kejadian disedari mangsa yang mendakwa melihat asap keluar daripada bahagian enjin kereta berkenaan.

“Mangsa kemudian memberhent­ikan kenderaan dan segera keluar dari kereta itu bersama isterinya. Api kemudian semakin marak menyebabka­n orang awam menghubung­i pihak bomba.

“Mangsa dan isterinya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta Proton Satria di persimpang­an lampu isyarat di Jalan Bangi Avenue, malam kelmarin.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran kereta Proton Satria di persimpang­an lampu isyarat di Jalan Bangi Avenue, malam kelmarin.
 ?? Lee Lam Thye ?? Penyalahgu­naan air ketum tidak boleh dibiarkan kerana perbuatan itu tidak boleh dikesan menerusi ujian air kencing sekali gus menyebabka­n pengambila­n bahan terlarang berkenaan dalam kalangan kakitangan kerajaan serta pelajar mungkin menjadi lebih serius daripada apa yang dilaporkan”
Lee Lam Thye Penyalahgu­naan air ketum tidak boleh dibiarkan kerana perbuatan itu tidak boleh dikesan menerusi ujian air kencing sekali gus menyebabka­n pengambila­n bahan terlarang berkenaan dalam kalangan kakitangan kerajaan serta pelajar mungkin menjadi lebih serius daripada apa yang dilaporkan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia