Harian Metro

Bukan semua bos tanggung

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

„ Desakan supaya pucuk pimpinan agensi penguatkua­saan letak jawatan atas kesalahan pegawai bawahan tidak relevan

Desakan sesetengah pihak yang mahu pucuk pimpinan sesebuah jabatan kerajaan terutama membabitka­n agensi penguatkua­saan melepaskan jawatan masing-masing adalah tidak relevan.

Penganalis­is Jenayah ter- kenal, Kamal Affendi berkata, orang awam kini lebih meyakini Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas aduan mereka disiasat secara telus selain maklumat mengenai pengadu juga dirahsiaka­n.

“Penahanan beberapa pegawai imigresen Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) barubaru ini jelas menunjukka­n bahawa usaha bersepadu SPRM bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) adalah satu kerjasama yang diperlukan bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap keselamata­n negara terus terpelihar­a.

“Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali yang juga mantan pimpinan kanan SPRM jelas membuktika­n beliau masih menjunjung sumpah taat setianya dalam menolak amalan rasuah dan amat serius dalam memastikan jabatan diketuainy­a sekarang bersih daripada aktiviti itu.

“Memang ada suara sumbang yang membuat permintaan tidak munasabah mendesak pucuk pimpinan sesuatu jabatan itu meletak jawatan jika pegawai bawahannya terbabit.

“Tetapi, jika logik itu diteruskan, adakah ini bermakna semua menteri atau Ketua Setiausaha (KSU) juga perlu meletak jawatan jika pegawai mereka terbabit dalam sesuatu siasatan?” katanya.

Beliau berpendapa­t, kecurigaan sebahagian daripada masyarakat terhadap amanah yang dipegang SPRM mahupun pucuk pimpinan JIM adalah tidak berasas sama sekali kerana untuk kesekian kalinya mereka membuktika­n kesetiaan kepada raja dan negara langsung tidak berbelah bahagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia