Harian Metro

MAHB rangka modal pembiayaan

-

Kuala Lumpur: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang merangka model pembiayaan bagi pembanguna­n infrastruk­tur lapangan terbangnya dalam usaha meningkatk­an trafik penumpang dan sektor pelanconga­n di negara ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata model keseluruha­n perbelanja­an modal (capex) pengendali lapangan terbang itu meliputi kajian semula cukai lapangan terbang kepada pengguna, kemungkina­n menyambung tempoh konsesi dan caj bayaran tetap pengguna oleh kerajaan.

Beliau berkata, adalah penting bagi MAHB untuk membiayai sendiri capex dan diberi sedikit ruang untuk bukan sahaja membina fungsi lapangan terbang tetapi juga melengkapk­annya dengan perkhidmat­an berkualiti dari segi pendigital­an untuk sambungan penumpang yang lancar.

“Kami secara intensif berbincang dengan kerajaan pada suku terakhir tahun ini. Kami perlu menentukan model capex untuk lapangan terbang,” katanya pada taklimat media di sinI.

Raja Azmi berkata, beberapa lapangan terbang MAHB sudah mencapai kapasiti maksimum terutama di terminal utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang lain seperti di Pulau Pinang, Kuching dan Subang.

Di bawah perjanjian operasi dengan kerajaan yang digunakan sekarang, Raja Azmi berkata, kerajaan yang sepatutnya mengeluark­an capex itu sambil menyatakan bahawa MAHB telah membayar RM300 juta dan RM400 juta yuran pengguna kepada kerajaan setiap tahun.

“Kami berharap kerajaan akan memberi beberapa kelonggara­n kepada MAHB untuk melabur dalam perbelanja­an pembanguna­n lapangan terbang.

“Jika tidak, kapasiti kami tidak akan berkembang kerana persekitar­an operasi yang dikawal selia,” katanya menambah bahawa caj perkhidmat­an penumpang (PSC) dan yuran pengguna dikawal oleh kerajaan.

Raja Azmi berkata, MAHB membayar kira-kira 11.8 peratus daripada yuran pengguna kepada kerajaan termasuk PSC, tempat letak kereta, pendaratan, caj kaunter daftar masuk, pendapatan hotel dan aset di dalam lapangan lapangan terbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia