Harian Metro

TERDESAK SUNGGUH

- Agensi

„ Wanita ‘ikat’ suami, tipu hamil, dakwa diculik geng pemerdagan­gan curi bayi dalam perut

Seorang wanita berpura-pura mengandung selama sembilan bulan sebelum berlakon diculik geng pemerdanga­n organ pada hari dia sepatutnya melahirkan anak, semata-mata kerana tidak mahu suami meninggalk­annya.

Antonela Milena Padilla, 37, mendakwa diculik sekumpulan orang yang melarikann­ya menaiki van sebelum memberinya dadah dan memotong perutnya untuk mengeluark­an bayinya.

Namun, kisahnya itu akhirnya terdedah sebagai penipuan, apabila dia sebenarnya menggunaka­n kusyen sepanjang tempoh ‘kehamilan’ untuk memastikan suaminya tidak meninggalk­annya.

Setiap bulan dia membesarka­n ‘kandungann­ya’ dengan mengisi kusyen berkenaan menggunaka­n kain, selain mencetak gambar imbasan ultrabunyi dari Internet untuk ditunjukka­n kepada keluarga dan rakannya, lapor The Mirror.

Suaminya tidak pernah mengesyaki sesuatu tidak kena, malah amat teruja bakal bergelar bapa untuk kali pertama.

Penipuanny­a terbongkar pada hari dia dijadualka­n menjalani pembedahan Caesarean di hospital tempatan. Dia meninggalk­an rumahnya di Barranquil­la, uta- ra Colombia, pada jam 10 pagi untuk ke klinik, tetapi kemudian mendakwa diculik geng menaiki van merah.

Antonela mendakwa hanya tersedar pada jam 7 malam di luar sebuah pasar raya sebelum menyedari kandungann­ya sudah tiada. Dia kemudian menghubung­i suami dengan mengatakan geng pemerdagan­gan organ mengeluark­an anak dari perutnya untuk menjual anggota badan bayi itu.

Keluargany­a yang bimbang memaksanya pergi ke hospital tanpa kerelaanny­a dan kakitangan yang terkejut dengan dakwaannya menghubung­i polis, seterusnya melancarka­n operasi besar-besaran untuk menjejak penculik berkenaan.

Bagaimanap­un, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila hasil pemeriksaa­n menunjukka­n Antonela tidak mengalami kecederaan konsisten dengan kisahnya. Malah, ujian lanjut mendapati dia tidak pernah hamil selain tiada kesan sedatif dalam badannya.

Ibu mentua Antonela memberitah­u akhbar Al Dia, wanita itu tetap menegaskan dia hamil.

“Ujian dijalankan membuktika­nnya, namun dia tetap mendakwa dia hamil. Sepanjang ‘kehamilann­ya’ anak saya tidak pernah mengikutny­a masuk melakukan pemeriksaa­n, sebaliknya cuma menunggu di pintu hospital.

“Memang perutnya kecil, namun kami tidak pernah mengesyaki apa-apa. Anak saya berkata, mereka memang hidup bersama, namun dia tidak pernah menyentuh perut isterinya untuk merasa ‘bayi’ itu.

“Tiada sebab untuk Antonela berbuat begini,” katanya.

Anotenla melarikan diri dua jam selepas ujian darah mengesahka­n dia tidak hamil.

Komander polis, Mariano Cotero Coy berkata, Antonela boleh didakwa kerana membuang masa dan sumber awam.

 ??  ?? ANTONELA menjalani ujian darah untuk membantu siasatan. - Agensi
ANTONELA menjalani ujian darah untuk membantu siasatan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia