Harian Metro

Penternak maut disondol babi

-

Beijing: Seorang penternak babi ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah akibat diserang haiwan berkenaan di sebuah pasar di bandar Liupanshui di wilayah Guizhou, baru-baru ini.

Akhbar Guiyang Evening News melaporkan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Yuan dilaporkan pergi ke pasar berkenaan pada Rabu lalu untuk menjual 15 babi.

Lelaki itu ditemui mati oleh sepupunya yang dikenali sebagai Wu pada pagi keesokanny­a berhampira­n kandang babi di pasar berkenaan.

Wu memberitah­u polis, dia mendapati pintu kandang itu terbuka dan melihat kesan darah pada mulut seekor babi jantan yang besar.

Siasatan forensik kemudianny­a mengesahka­n haiwan berkenaan yang seberat 250 kilogram membunuh Yuan.

“Ketika ditemui kaki sepupu saya berlumuran darah dan hampir hancur,” kata Wu.

Menurutnya, beberapa wang kertas di dalam poket mangsa, hasil jualan babi berkenaan juga berlumuran dengan darah.

Kamera keselamata­n menunjukka­n Yuan pergi ke pasar itu pada jam 4.40 pagi untuk memberi makan kepada babi yang dijualnya sebelum ditemui mati sejam selepas itu.

Pengurus di pasar berkenaan berkata, babi itu kini dikurung bagi mengelak ia menyerang orang lain.

Pihak pengurusan pasar itu dan keluarga Yuan kini berbincang mengenai pampasan yang perlu dibayar kepada waris mendiang. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia