Harian Metro

Jangan ‘serbu’ dalam lif, tandas

-

Manila: Seorang ahli perundanga­n Filipina merangka draf undang-undang melarang media melakukan wawancara termasuk dalam tandas atau lif di Parlimen.

Tempat lain di Parlimen yang dicadangka­n sebagai kawasan larangan wawancara termasuk di menara zon sejuk, ruang bekalan elektrik, berdekatan janakuasa dan ruang rehat.

Portal berita Filipina semalam menyatakan, draf itu dicadangka­n oleh ahli perundanga­n dari daerah Antipolo, Chiqui Roa Puno.

Apa yang dianggap satu ironi ialah Puno adalah bekas wartawan penyiaran.

Wartawan sudah pun mengemukak­an bantahan ke atas cadangan Puno yang dianggap menghina mereka.

“Kami tidak buat wawancara dalam tandas pun. Kami tidaklah begitu terdesak untuk buat di situ,” kata salah seorang daripada mereka.

Seorang lagi berkata, mereka juga tidak tahu di mana lokasi tempat tertentu yang cuba dijadikan zon larangan wawancara seperti menara zon sejuk.

Tempat lain yang dicadangka­n untuk dimasukkan dalam larangan itu termasuk pejabat Speaker, pemimpin majoriti dewan, pemimpin kanan lain, pegawai dan petugas, laluan koridor, bilik mesyuarat, pintu masuk dan ruang legar, dewan persidanga­n dan lobi utama serta pintu masuk dan keluar Parlimen.

Draf itu kini diteliti jawatankua­sa mengenai maklumat awam yang dipengerus­ikan ahli perundanga­n dari Samar Timur, Ben Evardone, juga bekas wartawan.

Evardone mengakui cadangan Puno mungkin mengehadka­n liputan media di Parlimen. Agensi

Kami tidak buat wawancara dalam tandas pun. Kami tidaklah begitu terdesak untuk buat di situ”

Wartawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia