Harian Metro

Pengantin pembunuh

„ Lelaki, teman wanita dipenjara seumur hidup kerana bunuh bakal isteri

- Agensi

Seorang juruletrik dan teman wanitanya dipenjara seumur hidup kerana bersubahat membunuh bakal isterinya, yang ditembak mati lima hari sebelum majlis perkahwina­n mereka, Disember tahun lalu.

Mahkamah daerah Chumphon memerintah­kan Ronnachai Panchart, 26, dan kekasihnya, Naruemol Chuaysomba­t, 23, dipenjara kerana membunuh Nontiya Krowjattur­at, 25, pada 19 Disember tahun lalu, lapor Bangkok Post.

Pasangan itu pada mulanya dihukum mati, namun hukuman berkenaan dikurangka­n kepada penjara seumur hidup selepas mereka membuat pengakuan penuh, selain memberi keterangan yang berguna.

Mahkamah turut mengarahka­n mereka membayar 500,000 baht (RM64,000) untuk kos pengebumia­n, selain pampasan 2.5 juta baht (RM320,000) kepada keluarga mangsa.

Tertuduh mempunyai tempoh 30 hari untuk mengemukak­an rayuan, namun keluarga Nontiya berkata, mereka akan melawan sekeras-kerasnya jika pasangan itu berbuat demikian.

Ronnachai dan Nontiya dijadualka­n berkahwin 24 Disember tahun lalu, tetapi mereka bertengkar selepas mangsa melihat wanita lain di rumah tunangnya beberapa hari sebelum majlis berlangsun­g.

Mangsa, pegawai pergigian kerajaan, ditembak mati di asramanya pada jam 1 pagi, 19 Disember 2017.

Pattaya One News melaporkan, rakan sekerja mangsa yang hairan dia tidak datang ke pejabat keesokanny­a, memecah masuk ke biliknya selepas melihat darah pada mangga pintu sebelum menemui mayatnya.

Rakaman kamera litar keselamata­n tertutup menunjukka­n seorang lelaki bertopeng masuk ke asrama itu sebelum meninggalk­an kawasan berkenaan kira-kira 20 minit kemudian.

Polis yang memeriksa rumah Ronnachai pada hari sama menemui pakaian serupa dengan yang dipakai suspek dalam rakaman berkenaan.

Naruemol pada mulanya menafikan pembabitan­nya, namun siasatan polis mendapati senjata digunakan untuk membunuh mangsa sebenarnya milik suspek.

 ??  ?? GAMBAR praperkahw­inan dimuat naik mangsa ke Facebookny­a, tahun lalu. - Agensi
GAMBAR praperkahw­inan dimuat naik mangsa ke Facebookny­a, tahun lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia