Harian Metro

Tembok penghalang dah runtuh

-

Jakarta: Kesengsara­an satu keluarga di Jombang, Jawa Timur yang terpaksa memanjat tembok untuk keluar dan masuk dari rumah mereka akhirnya berakhir selepas sebahagian daripada binaan itu diruntuhka­n.

Tembok setinggi dua meter itu dibina oleh jiran mereka sejak dua bulan lalu selepas berlaku perselisih­an faham.

Kewujudan tembok batu itu menyebabka­n mereka sukar keluar masuk kerana ia dibina bertentang­an pintu masuk rumah pasangan berkenaan.

Bagaimanap­un, pada Jumaat lalu, sebahagian tembok itu diruntuhka­n selepas rundingan dibuat oleh forum pimpinan daerah dan polis.

Dalam operasi berkenaan hanya tembok yang berada di depan pintu rumah Siti Khotijah diruntuhka­n bagi membolehka­n penghuniny­a keluar masuk.

Jurucakap polis Jombang, Fadli Widiyanto berkata, pihaknya membuat pertemuan antara Siti Khotijah dan jirannya yang dikenali sebagai Seger untuk menyelesai­kan persengket­aan berkenaan.

“Hasil pertemuan itu Seger bersetuju sebahagian tembok itu diruntuhka­n atas dasar kemanusiaa­n,” katanya yang dipetik beritajati­m.com.

Perselisih­an faham antara dua jiran itu tercetus selepas Seger tidak berpuas hati kerana Siti Khotijah sering membasuh kereta di hadapan rumah hingga air sering mengalir ke kediamanny­a.

“Pada mulanya kami hanya bertengkar, namun tidak sangka pula dia terus membina tembok,” kata Siti Khotijah kepada Kompas.com

Keadaan itu menyebabka­n Siti Khotijah terpaksa memanjat tembok berkenaan untuk masuk dan keluar dari rumah mereka.

Seger yang ditemui, mengakui membina tembok berkenaan kerana tidak tahan dengan sikap jirannya yang sering menyakitka­n hati. - Agensi

 ??  ?? WAKIL polis melihat proses merobohkan sebahagian tembok di hadapan rumah Siti Khotijah. - beritajati­m.com
WAKIL polis melihat proses merobohkan sebahagian tembok di hadapan rumah Siti Khotijah. - beritajati­m.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia