Harian Metro

Balasan setimpal

- Agensi

„ Lelaki dibelasah pelanggan restoran selepas perkosa kanak-kanak makan bersama ibu

Seorang lelaki dibelasah pelanggan restoran selepas menculik dan merogol seorang budak perempuan berusia enam tahun di tandas premis berkenaan.

Video yang tersebar di Internet menunjukka­n suspek berusia 20 tahun itu bogel dan berlumuran darah di dada serta lengannya, lapor The Mirror.

Orang ramai menjerit dan memaki suspek yang menutup kemaluanny­a dengan pakaiannya, namun lelaki itu turut menghamun mereka, manakala seorang wanita didengar menangis.

Saksi mendakwa, pada mulanya dia melihat kanak-kanak itu di taman permainan berhampira­n sebelum mengikut mangsa dan keluargany­a ke restoran berkenaan.

Apabila mangsa pergi ke tandas, dia mengheret kanak-kanak itu dari tandas perempuan ke tandas lelaki sebelum mengunci pintu dan merogolnya.

Saksi memberitah­u The Citizen, ibu mangsa mencetuska­n kekecohan selepas menyedari kehilangan­nya menyebabka­n suspek akhirnya terpaksa membuka pintu.

“Kami menemuinya dan kanak-kanak itu telanjang bulat. Darah dapat dilihat pada kemaluan budak itu.

“Apabila pelanggan lelaki melihat kecederaan kanak-kanak itu mereka terus menyerang suspek,” katanya.

Disebabkan orang ramai terlalu marah, pemilik restoran terpaksa mengurung suspek sementara menunggu polis.

Kejadian itu mencetuska­n kemarahan di Afrika Selatan, dengan aktivis mengancam menutup restoran terbabit jika pengurusan­nya tidak menunaikan janji melunaskan kos perubatan kanak-kanak itu.

 ??  ?? VIDEO yang tersebar menunjukka­n suspek bogel dan berlumuran darah di dada serta lengannya. - Agensi
VIDEO yang tersebar menunjukka­n suspek bogel dan berlumuran darah di dada serta lengannya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia