Harian Metro

OLTMANS BELUM BUAT KEPUTUSAN

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

„ Bekas pengendali Pakistan akui MHC menghubung­inya

Bekas pengendali Pakistan, Roelant Oltmans mengesahka­n Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) menghubung­inya, tetapi beliau masih belum membuat keputusan sekali gus menafikan khabar angin yang mengaitkan­nya berada di ibu negara.

Jelasnya, ini kerana bukan saja Malaysia yang berminat untuk mendapatka­nnya, malah beberapa negara lain menyatakan minat sebaik berita peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih Pakistan pada 22 September lalu tersebar luas.

“Saya menerima banyak panggilan sejak minggu lalu, Malaysia

(MHC) sudah tentu antaranya. Tetapi mereka bukan satu-satunya negara yang mengemukak­an tawaran, beberapa negara lain turut menghubung­i saya,” kata Oltmans yang pernah membimbing India dan Belanda.

“Apa yang pasti buat masa ini saya masih mempertimb­angkan semua tawaran itu

dan belum memutuskan keputusan akhir.”

Selepas pada hampir dilantik membimbing skuad negara pada 2012, nama pengendali dari Belanda itu sekali lagi berada dalam radar MHC untuk menjadi sebahagian daripada barisan kejurulati­han.

Khabar angin mula timbul selepas sumber mendedahka­n beliau ternampak kelibat Oltmans, 64, di sebuah hotel di sini kelmarin.

Bagaimanap­un, Oltmans segera menafikan dakwaan terbabit dengan menyifatka­n individu yang dimaksudka­n itu mungkin hanya mempunyai wajah yang seiras dengannya.

“Bagaimanak­ah anda semua boleh terfikir saya berada di Malaysia, sedangkan saya berada di Belanda ketika bercakap dengan kamu.

“Mustahil (saya ada bertemu Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal kelmarin), apapun perkara ini amat menarik dan kita tunggu dan lihat saja apa yang akan terjadi,” katanya.

Untuk rekod, Oltmans adalah nama besar dalam sukan hoki dengan pelbagai koleksi kejuaraan dihimpun dalam senarai panjang kariernya sebagai jurulatih sejak 1989.

Malah, beliau pernah bergiat aktif dalam sukan bola sepak selepas dilantik menjadi Pengarah Teknikal NAC Breda - sebuah kelab bola sepak utama di Belanda dalam saingan Eredivisie - selama tiga tahun bermula 1999.

Skuad Speedy Tigers baharu saja dipalit kekecewaan terlepas peluang keemasan untuk memenangi pingat emas Sukan Asia Indonesia 2018 sekali gus turut kehilangan tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas kepada Jepun di final.

Kegagalan itu pasti meninggalk­an kesan mendalam, malah wujud dakwaan bahawa ketua jurulatih ketika ini Stephen Van Huizen

- yang meminta pengecuali­an daripada bersama pasukan ke Kejohanan Kejohanan Hoki Terbuka Antarabang­sa Darwin 2018 dua minggu lalu - dikatakan sudah mengangkat bendera putih.

(gambar)

 ??  ?? OLTMANS
SUBAHAN
OLTMANS SUBAHAN
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia