Harian Metro

Fleetwood, Molinari pacu Eropah

- AFP

Tommy Fleetwood dan Francesco Molinari meletakkan Eropah pada kedudukan selesa apabila memenangi empat perlawanan mereka, sekali gus membantu tuan rumah mendahului 10-6 ke atas Amerika Syarikat menjelang hari terakhir golf Piala Ryder.

Pemain rookie Piala Ryder, Fleetwood dan Molinari muncul gandingan pertama Eropah merangkul empat mata daripada empat perlawanan pertama mereka, mencetus dua kekalahan buat Tiger Woods dalam acara fourballs dan foursomes di lapangan Le Golf National, kelmarin.

Mereka muncul gandingan kedua mencatat 4-0 dalam kejohanan berpasukan itu sejak 1979, menyertai dua pemain AS, Larry Nelson dan Lanny Wadkins yang meraih pencapaian itu di The Greenbrier.

Selepas menang 4 & 3 ke atas Woods dan Patrick Reed dalam acara fourballs pada sebelah pagi, Fleetwood dan Molinari menumpaska­n pemenang 14 kejohanan utama itu dan Bryson DeChambeau 5 & 4 dalam foursomes.

“Kami terlalu bagus, amat bagus petang ini,” kata Fleetwood. “Kami bermain dengan mantap, beraksi dengan bagus. Satu sejarah yang kami cipta bersama, ia amat istimewa.”

Molinari, juara Terbuka British yang tidak meraih kemenangan dalam dua penampilan Piala Ryder sebelum ini - pada 2010 dan 2012, memberi amaran tugas pasukan diketuai Thomas Bjorn itu belum berakhir menjelang 12 perlawanan perseorang­an semalam.

“Kami hadir di sini untuk melaksanak­an tugas dan bukan untuk melakar rekod atau seumpamany­a, ia mengenai pasukan, ia mengenai untuk mendapatka­n 14 1/2 mata,” kata pemain Itali itu.

“Kami semakin hampir, tapi 4 1/2 mata itu amat diperlukan esok (hari ini), kami perlu bekerja keras untuk meraihnya.”

Tiada seorang pun pemain Eropah meraih lima mata daripada lima perlawanan dalam sejarah Piala Ryder dengan trio AS, Arnold Palmer, Gardner Dickinson (kedua-duanya pada 1969) dan Nelson (1979) muncul pemain yang melakukan catatan itu.

Bjorn, penolong kapten pasukan Eropah bagi ‘Keajaiban di Medinah’ pada 2012, sedar pasukannya tikepada

„ Dua pemain itu menang empat perlawanan, lonjak pasukan

dak boleh berasa santai biar pun mendahului dengan agak selesa.

“Sejarah

membuktika­n saya dan setiap orang dalam pasukan ini bahawa ia belum berakhir,” jelas pemain Denmark itu.

“Kami perlu bermati-matian esok. Turun ke lapangan dan melakukan perkara yang betul dan ia tidak berakhir hingga anda mendapat mata mencukupi.” Sochi, Russia: Daniel Ricciardo mahu melihat keazaman yang kuat daripada Daniil Kvyat apabila pelumba Russia itu kembali ke litar Formula Satu sebagai pemandu Toro Rosso musim depan.

Pemandu Australia yang periang itu malah mencadangk­an skrip: “Kini tiba masanya kebangkita­n semula ‘The Torpedo’,” kata pemandu Red Bull itu kepada wartawan pada Grand Prix Russia apabila ditanya mengenai bekas rakan sepasukann­ya, yang diumumkan akan kembali berlumba, semalam.

“Jika saya Dani, saya akan meletakkan torpedo di topi keledar... saya akan tweet atau menulis ‘The Torpedo kembali’. Jika dia melakukann­ya, ia pasti gempak.”

Kvyat, yang baru berusia

(gambar)

24 tahun, digugurkan oleh Toro Rosso serta pemilik mereka Red Bull pada 2017 dan menghabisk­an sepanjang tahun ini di Ferrari sebagai pemandu pembanguna­n.

Dia menerima julukan ‘Torpedo’ selepas pemandu Ferrari, Sebastian Vettel merungut pada GP China 2016 bahawa pemandu Russia itu cuba memotongny­a dari sebelah dalam ‘seperti torpedo’ sekali gus menyebabka­n perlanggar­an.

Vettel turut memanggiln­ya ‘orang gila’ dan tindakanny­a sebagai ‘bunuh diri’.

Kvyat tampil pada GP Russia tahun lalu dengan topi keledar direka khas memaparkan karakter kartun menunggang torpedo.

Ricciardo berganding­an dengan Kvyat di Red Bull pada 2015 dan sebahagian 2016 - pemandu muda itu dihantar kembali ke Toro Rosso selepas GP Russia tahun itu berikutan satu lagi perlanggar­an dengan Vettel. - Reuters

 ??  ?? FLEETWOOD fokus di lapangan.
FLEETWOOD fokus di lapangan.
 ??  ?? MOLINARI
MOLINARI
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia