Harian Metro

Woods gagal bantu pasukan

-

Paris: Tiger Woods menyatakan dia “tidak bermain teruk” kelmarin, walaupun mengalami kekalahan ketiga berturut-turut pada Piala Ryder 2018 di Le Golf National dengan Eropah mendahului Amerika Syarikat 10-6 sebelum aksi perseorang­an.

Pemenang 14 kejuaraan utama itu dan Patrick Reed tewas buat kali kedua dalam acara fourballs kepada Francesco Molinari dan Tommy Fleetwood 3 & 4 pada sebelah pagi sebelum Woods yang berganding­an dengan Bryson DeChambeau diatasi oleh gandingan sama dalam acara foursomes 4 & 5 pada sebelah petang.

Woods antara bintang utama di Perancis minggu ini selepas kembali merakam

(gambar)

kemenangan hujung minggu lalu - gelaran pertamanya sejak 2013 selepas dibelenggu kecederaan berulang.

Bagaimanap­un, Woods bukanlah pemain Piala Ryder yang kuat apabila berganding­an, walaupun pada tahap prestasi terbaiknya, yang mana setakat ini dia hanya menang sembilan, tewas 19 kali dan seri sekali daripada 29 perlawanan fourballs dan foursomes sepanjang sejarah kejohanan itu.

Namun Woods boleh dianggap kurang bernasib baik kali ini apabila digandingk­an dengan Reed yang gagal menyerlah dan diundi bertemu gandingan mantap Molinari-Fleetwood sebanyak tiga kali.

“Memang mengecewak­an, saya tewas tiga perlawanan tapi hakikatnya saya tidak rasa saya bermain dengan teruk,” kata Woods.

“Ia perkara yang mengecewak­an mengenai match play. Anda boleh bermain dengan baik dan tidak berlaku apa-apa. Kami bertembung dua pemain yang bermain dengan baik dan apabila seorang tidak menjadi, seorang lagi membuat birdie, atau sebaliknya.

“Kerap kali mereka melakukann­ya terhadap kami. Pada satu ketika, mereka mencatat enam birdie daripada lapan birdie di sembilan lubang terakhir dan hanya seorang pemain melakukann­ya pada satu masa. Itu yang terjadi dalam match play.” AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia