Harian Metro

Valverde kesal rehatkan Messi

-

Barcelona: Ernesto Valverde mengakui percaturan­nya merehatkan Lionel Messi memakan diri apabila Barcelona terikat 1-1 menentang Athletic Bilbao di laman sendiri, seterusnya merekodkan tiga perlawanan tanpa kemenangan buat skuad kendaliann­ya.

Messi diturunkan pada minit ke-55 di Camp Nou dan percubaan pemain Argentina itu disudahkan seorang lagi pemain gantian, Munir El Haddadi ketika perlawanan berbaki enam minit untuk mengikat kedudukan 1-1.

Terdahulu Oscar de Marcos memberikan Bilbao gol pendahulua­n pada babak pertama dan walaupun cuba memburu gol kemenangan, Messi dan Barca gagal melaksanak­annya sehingga wisel penamat.

Selepas terikat dengan Girona di laman sendiri dan ditewaskan Leganes, Barca menuju Wembley untuk aksi Liga Juara-Juara menentang Tottenham dengan prestasi kurang meyakinkan. Mereka turut kehilangan Sergi Roberto yang disahkan cedera selepas perlawanan.

“Pilihan meletakkan Messi di bangku simpanan adalah keputusan saya,” kata Valverde.

“Dia mengharung­i empat perlawanan dalam tempoh 10 hari dan saya fikir bagus untuk dia berehat, seperti (Sergio) Busquets, selain memikirkan mengenai aksi Liga Juara-Juara.

“Saya tahu ia keputusan tepat. Ia berisiko dan pada situasi ini, ia tidak membuahkan hasil diharapkan.” – AFP

>>Barcelona terus kempunan lakar kemenangan dalam tiga perlawanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia