Harian Metro

CR7 ‘dalang utama’

- Reuters

„ Ronaldo watak penting kebangkita­n Juve benam Napoli

Cristiano Ronaldo menggalas watak penting dalam ketiga-tiga gol pasukannya ketika pendahulu Juventus bangkit menewaskan Napoli yang beraksi 10 pemain 3-1 dalam pertembung­an dua pasukan teratas Serie A sekali gus mengekalka­n permulaan sempurna mereka musim ini.

Dries Mertens meletakkan Napoli di depan sebelum Ronaldo melakukan umpanan untuk gol penyamaan Mario Mandzukic dan kemudian membuka peluang mudah buat penyerang Croatia itu menambah jaringan selepas percubaann­ya terkena tiang.

Tandukan Ronaldo yang dinafikan tiang mencetus gol ketiga Juve yang disempurna­kan Leonardo Bonucci.

Sebelum itu pertahanan kiri Napoli, Mario Rui dibuang padang kerana menendang Paulo Dybala.

AS Roma pula melakar kejutan dengan kemenangan 3-1 ke atas seteru tetangga Lazio, yang sebelum itu menang semua lima perlawanan terakhir mereka dalam semua pertanding­an, manakala Inter Milan menewaskan Caglia- ri 2-0 untuk kemenangan ketiga berturut-turut liga.

Juventus yang memburu gelaran kelapan berturut-turut, kini mengumpul 21 mata daripada tujuh perlawanan, enam mengatasi naib juara musim lalu Napoli. Sassuolo dan Inter mengumpul 13 mata diikuti Lazio di tangga kelima (12 mata) dan Roma keenam (11).

“Ronaldo menikmati permainann­ya,” kata pengendali Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Dia sudah menyesuaik­an diri dengan baik. Saya rasa ini perlawanan terbaiknya setakat ini musim ini.”

Jurulatih Napoli, Carlo Ancelotti menyesali kegagalan pemainnya mengekang asakan bertali arus lawan.

“Kami bermain baik bagi 20 minit pertama, kemudian lawan kami menguasai permainan. Kami perlu terus meningkat jika mahu kompetitif hingga ke hujung musim,” kata Ancelotti.

 ??  ?? RONALDO (kanan) diasak pemain Napoli, Raul Albiol di Turin, semalam.
RONALDO (kanan) diasak pemain Napoli, Raul Albiol di Turin, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia