Harian Metro

Sturridge masih berbisa

- AFP

Juergen Klopp mengagumi kemampuan Daniel Sturridge mencetus impak segera selepas dimasukkan apabila penyerang itu meledak gol seminit sebelum tamat perlawanan untuk mengekalka­n permulaan tanpa kalah Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Gol itu memadamkan kelebihan Chelsea yang mendahului menerusi jaringan Eden Hazard pada minit ke-25 dan keputusan seri 1-1 itu meletakkan Liverpool setanding Manchester

City di puncak liga menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan di

Anfield minggu depan.

Sturridge sering dibelenggu kecederaan sepanjang tiga tahun Klopp mengambil alih kelab Anfield itu dan dipinjamka­n ke West Brom sepanjang babak kedua musim lalu.

Walaupun menjadi simpanan untuk Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane, Sturridge kini sudah mengumpul empat gol dalam tujuh penampilan musim ini.

“Bilik persalinan seperti pesta. Dia mengharung­i tempoh

(gambar)

yang sukar tapi kini dia menikmati saat gemilang,” kata Klopp.

“Dimasukkan dalam keadaan cergas dan membuat keputusan cukup penting. Ia

„ Klopp kagum kemampuan penyerangn­ya ledak gol seminit sebelum wisel penamat

gol yang menakjubka­n. Dia melengkapk­an pramusim dan kini berada dalam keadaan terbaik sejak saya mengenalin­ya.”

Buat kali kedua dalam tempoh empat hari, Hazard tampak mampu menghantui Liverpool sekali lagi, selepas menamatkan kempen lawannya itu dalam saingan Piala Liga Rabu lalu, apabila membuka jaringan pada minit ke-25.

Chelsea kini hanya dua mata ketinggala­n di tangga ketiga dan terus menunjukka­n keupayaan sebagai pencabar gelaran di bawah kendalian Maurizio Sarri yang masih belum tewas pada musim sulungnya di Stamford Bridge. kalahan England kepada Sepanyol di Liga Negara-Negara UEFA 8 September lalu dan pemain antarabang­sa Belgium, Vertonghen dan Dembele dikeluarka­n ketika tamat separuh masa pertama ketika menewaskan Huddersfie­ld susulan kecederaan otot.

Tiga pemain itu terbabit dengan Piala Dunia sehingga pertengaha­n Julai, dengan Belgium menewaskan England dalam aksi tempat ketiga, dan Pochettino percaya mereka tidak mendapat rehat yang cukup sebelum Liga Perdana bermula pada 11 Ogos.

Pengurus dari Argentina itu menyuaraka­n kebimbanga­n dengan tindakan badan bola sepak Eropah, UEFA menambah aksi kompetitif dalam kalendar apabila memperkena­lkan Liga Negara-Negara UEFA, menyebabka­n tempoh rehat pemain berkuranga­n.

“Pemain baru saja menamatkan Piala

Dunia dan mereka perlu berehat untuk beberapa minggu,” kata Pochettino.

“Mereka beraksi di

Liga Perdana disusuli perlawanan antarabang­sa.

“Mereka beraksi dua perlawanan yang bukan bersifat aksi persahabat­an, sebaliknya di Liga Negara-Negara UEFA dengan semua pasukan mahu pemain terbaik beraksi.

“Siapa yang peduli tentang pemain? Ia sukar. Cabaran yang besar kepada semua pihak pada musim ini. Bukan saja kami, pasukan lain juga mengalami masalah sama.

“Pemain bukan mesin. Bukan sesuatu yang mudah apabila anda mahu terus mendesak mereka. Tiada siapa yang membantu.” – AFP

 ??  ?? KLOPP (kiri) memeluk pertahanan Liverpool Trent Alexander-Arnold sejurus tamat perlawanan.
KLOPP (kiri) memeluk pertahanan Liverpool Trent Alexander-Arnold sejurus tamat perlawanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia