Harian Metro

‘Tolong henti dera emosi skuad B-16’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh meminta semua pihak menghentik­an kecaman terhadap skuad Bawah 16 Tahun yang secara tidak langsung terpalit dengan isu pemecatan Lim Teong Kim selaku jurulatih skuad berkenaan.

Beliau berkata, kecaman yang teruk daripada beberapa pihak susulan kegagalan ke Piala Dunia di Peru, tahun depan boleh mengundang masalah psikologi buat pemain muda yang bakal menjadi pelapis pemain masa depan.

“Saya hairan kenapa budak (pemain) bawah 16 tahun ini dilabel gagal sedangkan Nelo Vingada (bekas pengendali skuad kebangsaan) bawa Malaysia satu tahun, tapi tak menang satu perlawanan pun orang masih kata perlu bagi dia masa.

“Peringkat tertinggi mana ada bagi masa, tapi tetap ada pihak yang menyokong Vingada. Kasihan budak ini kena belasah (kecam) kiri, kanan, depan, belakang.

“Mana ada gagal, ini satu langkah ke depan. Jadi, jangan anggap sebagai kegagalan besar buat budak muda ini kerana tak capai sasaran (ke Piala Dunia B-17),” katanya.

Mengenai isu gaji RM175,000 sebulan diterima Teong Kim selaku Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Shebby sebaliknya menyifatka­n ia sebagai rezeki buat jurulatih skuad Bawah 16 (B-16) tahun negara itu.

Menurutnya hanya pihak yang meluluskan kontrak Teong Kim itu perlu memberi penjelasan mengapa jumlah gaji berkenaan dipersetuj­ui.

“Kalau sesiapa dapat gaji lumayan, itu rezeki mereka. Benda ini bukan ada kena mengena dengan pencapaian, ia kerana tugasan (jawatan).

“Pada pendapat saya, siapa yang sanggup bayar dialah yang harus dipersoal mengenai adakah gaji itu setimpal dengan jawatan, pengalaman dan kedudukan.

“Jadi, tak boleh nak salahkan (Teong Kim) kalau orang bagi gaji macam itu dan saya tak anggap ia sebagai satu isu,” katanya.

Sebelum ini, jumlah gaji yang diterima Teong Kim hangat diperkatak­an selepas ia didedahkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Malah, Syed Saddiq dalam satu kenyataan kelmarin menjelaska­n akan menilai semula gaji Teong Kim berdasarka­n kewangan Majlis Sukan Negara (MSN) ketika ini.

 ??  ?? SERBEGETH
SERBEGETH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia