Harian Metro

Puji prestasi anak buah

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

„ Figueroa bangga Harimau Selatan pamer aksi terbaik untuk ke separuh akhir Piala Malaysia

Kegembiraa­n jelas terpancar di wajah pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa selepas skuad itu mara ke separuh akhir Piala Malaysia apabila menyingkir­kan Pahang 3-1 secara agregat pada suku akhir di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.

Malah Figueroa menganggap setiap pemain yang diturunkan pada perlawanan itu wajar dipuji kerana tidak menunjukka­n sebarang kelemahan sepanjang aksi 90 minit.

Menurutnya, karakter positif pemain juga menyumbang kepada kemenangan berbanding pada suku akhir pertama di Kuantan, 23 September lalu yang mengecewak­an namun mereka memberi persembaha­n terbaik untuk menewaskan skuad kendalian Dollah Salleh

(gambar)

kali ini.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan ke atas Pahang. Kami menempuh saat getir ketika suku akhir pertama namun pemain memperagak­an corak permainan menakjubka­n selepas menguasai perlawanan dan menghadiah­kan kemenangan.

“Kami bermain seperti yang kami inginkan dengan corak permainan pantas dan bola sentiasa bergerak menerusi hantaran pendek dan kemas malah corak itu menyukarka­n Pahang untuk cuba merampas bola daripada kami.

“Sekurang-kurangnya empat peluang terbaik menjaringk­an gol tapi ada yang terkena palang dan sedikit tersasar. Tapi saya tetap berpuas hati kerana pemain sentiasa berusaha untuk menjaringk­an gol dan itu yang kami mahu,” katanya.

Mengulas mengenai persembaha­n Safawi Rasid yang muncul wira JDT selepas meledak dua gol pada minit pertama dan 73, Figueroa menegaskan beliau kerap memberi kata perangsang kepada pemain muda itu supaya yakin kepada diri sendiri.

Menurutnya, Safawi memiliki sifat mahu menyerlah apabila diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan tampak dia begitu bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan malah sentiasa bekerjasam­a dengan rakan sepasukan.

“Safawi kena percaya kepada diri sendiri kerana dia pemain terbaik di Malaysia ketika ini dan saya gembira dengan peningkata­n corak permainann­ya. Saya anggap dia sebagai aset penting buat JDT.

“Bagi aksi separuh akhir, kami kena buat persiapan rapi dalam tempoh kurang seminggu dan akan menentang Terengganu FC di laman mereka. Oleh itu saya dan Benjamin Mora akan membuat persiapan rapi sebelum ke Kuala Terengganu minggu depan,” kata Figueroa.

 ?? FOTO: HAIRUL ANUAR RAHIM ?? PEMAIN JDT meraikan jaringan Safawi (bawah, dua dari kiri) ketika menentang Pahang dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2018.
FOTO: HAIRUL ANUAR RAHIM PEMAIN JDT meraikan jaringan Safawi (bawah, dua dari kiri) ketika menentang Pahang dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia