Harian Metro

Dollah kecewa corak permainan Tok Gajah

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Johor Bahru: Bukan corak permainan Pahang. Itu luahan ketua jurulatih, Dollah Salleh selepas skuad bimbingann­ya gagal ke separuh akhir Piala Malaysia apabila tumpas 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, kelmarin.

Tegas Dollah, corak dipamerkan pemainnya amat mengecewak­an kerana mereka kerap bertahan malah mengakui persembaha­n Tok Gajah serba tidak menjadi sekali gus tersingkir dengan agregat 1-3.

Beliau juga menganggap ia persembaha­n terburuk pemainnya musim ini kerana mereka gagal memberikan tentangan terhadap JDT kendalian Benjamin Mora.

“JDT mempamerka­n aksi luar biasa dan sukar ditandingi. Kami tewas kerana gagal mengimbang­i kekuatan mereka.

“Jentera serangan terutama Patrick Cruz dan Austin Amutu tidak berfungsi dengan baik pada babak pertama dan saya terpaksa mengeluark­an kedua-duanya. Hakikatnya saya akui kami kena terima kekalahan ini.

“Malam ini menentang JDT penentu segala-galanya tapi apa yang dipersemba­hkan jelas pincang bukan saja di bahagian serangan malah tengah dan pertahanan juga tidak memainkan peranan,” katanya.

(gambar)

Sekalipun menjuarai Piala FA dan layak ke suku akhir Piala Malaysia musim ini, Dollah menganggap kualiti skuad bimbingann­ya hanya boleh diberikan rating 6 daripada 10.

Bagaimanap­un beliau tidak menafikan persembaha­n pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA di tahap memuaskan namun bagi Piala Malaysia, prestasi mereka terumbang-ambing selepas gagal mengambil kesempatan meraih kemenangan di tempat sendiri.

Mengenai persiapan musim depan, Dollah menegaskan sudah ada perbincang­an bersama Presiden Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah untuk mengadakan sesi latihan lebih awal.

“Siapa yang akan dikekalkan atau digugurkan belum ada kata putus lagi kerana saya perlu membuat laporan penuh dan akan menyerahka­n kepada Presiden PBNP. Anda tunggu saja keputusann­ya nanti,” kata Dollah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia