Harian Metro

Skuad Sabah dedikasi kemenangan ke separuh akhir buat rakyat

- Ryan Stanley sukanteam@nstp.com.my

Kota Kinabalu: “Kemenangan ini kami dedikasika­n buat rakyat Sabah,” kata ketua jurulatih, Jelius Ating sejurus pasukannya mengesahka­n tempat ke separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 2007 apabila menewaskan Kelantan 1-0 pada suku akhir kedua di Stadium Likas, kelmarin.

Jelius berkata, peminat boleh sepak di Sabah sudah lama menantikan detik seperti ini untuk menyaksika­n pasukan kesayangan mereka kembali menjadi tumpuan dalam kancah bola sepak negara.

“Kami mula membentuk pasukan ini sejak pertengaha­n musim lalu, saya gembira kerana prestasi pemain serta corak permainan kami terus meningkat sehingga berjaya sampai ke tahap ini.

“Pasukan ini bertuah kerana mempunyai penyokong yang selalu memberi motivasi walaupun kadangkala mereka membuat kritikan.

“Kami lihat pada malam ini (kelmarin), Stadium Likas dibanjiri penyokong, sorakan mereka bergema dan ia melonjakka­n lagi semangat pemain untuk berjuang memburu kemenangan,” katanya.

Kali terakhir Sabah layak ke separuh akhir Piala Malaysia ialah pada 2007, namun impian melangkah ke final ketika itu dikecewaka­n Perak menerusi kemenangan agregat 3-2.

Pada aksi kelmarin, Sabah mengesahka­n tempat ke separuh akhir untuk menentang sama ada Perak atau PKNS FC selepas terikat 2-2 secara agregat, namun memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan.

Gol tunggal Sabah dijaringka­n penyerang import, Rodoljub Paunovic menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 selepas bola terkena tangan pertahanan Kelantan.

Sementara itu, Jelius melahirkan rasa kagum dan memuji semangat ditunjukka­n barisan pemain Kelantan kendalian Yusri Che Lah yang tidak berputus asa memburu gol penyamaan, malah hampir mendapat jaringan pada masa kecederaan.

“Kelantan pasukan yang baik, mereka tidak memiliki bintang tetapi bekerja keras sebagai satu pasukan, kita lihat pemain mereka khususnya yang muda seperti tidak pernah penat untuk berlari.

“Bagaimanap­un, kami beraksi dengan baik dan berhak untuk menang, apapun bagi saya, Kelantan kalah secara bermaruah,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN Sabah meraikan gol ketika menentang Kelantan malam kelmarin.
PASUKAN Sabah meraikan gol ketika menentang Kelantan malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia