Harian Metro

Pesara rugi RM100,000

-

Sibu: Terpedaya dengan ugutan kononnya terbabit dalam urusan pembelian dadah, seorang wanita warga emas kerugian RM100,000 ditipu sindiket Macau Scam, minggu lalu.

Mangsa yang juga pesara berusia 65 tahun itu pada mulanya dihubungi seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai dari Kementeria­n Kesihatan, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan

Ringgit berkata, mangsa kemudian didakwa terbabit dalam urusan pembelian dadah daripada sindiket tertentu hingga boleh dikenakan hukuman berat jika didapati bersalah.

Katanya, suspek kemudian menyambung­kan talian telefon kepada seorang lagi lelaki yang didakwa sebagai ‘Inspektor Ong’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Mangsa yang ketakutan kemudian mendedahka­n kepada ‘Inspektor Ong’ bahawa dia mempunyai simpanan di dalam akaun sebuah bank sebanyak RM100,000.

“Suspek kemudian mengarahka­n mangsa memberikan nombor pin, nombor kad dan nombor TAC kononnya untuk diaudit pegawai polis berkenaan bagi membolehka­n dia tidak didakwa atas ‘kesalahan’ berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, sehari selepas memberikan butiran yang diminta suspek, mangsa menyedari terdapat transaksi pindahan wang melalui dalam talian dilakukan sebanyak RM50,000 ke dalam akaun seorang individu.

Katanya, selepas transaksi pertama, mangsa menyedari ada dua kali lagi transaksi dalam tempoh dua hari dengan jumlah RM25,000 setiap transaksi ke dalam akaun milik seorang individu lain.

Stanley berkata, mangsa bagaimanap­un curiga selepas didesak suspek menyebabka­n beliau tidak mengendahk­an permintaan itu sebelum membuat laporan polis semalam, untuk siasatan.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA parah selepas dirempuh sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Miri-Pujut.
MANGSA parah selepas dirempuh sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Miri-Pujut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia