Harian Metro

Kelemahan penguat kuasa, sikap majikan punca ramai warga asing

-

Kelemahan penguatkua­saan dan sikap majikan suka mengambil pekerja asing punca utama kebanjiran mereka hingga menjadikan jumlah mereka satu pertiga daripada jumlah penduduk di Sabah.

Aktivis pengguna dan hak asasi manusia Sabah Datuk Patrick Sindu berkata, kelemahan penguatkua­saan terutama di perairan pantai timur negeri ini menyebabka­n warga asing dari selatan Filipina dan Indonesia memboloska­n diri secara tidak sah ke negeri ini.

Beliau berkata, walaupun tidak dinafikan banyak tangkapan dilakukan agensi penguatkua­saan seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim

Malaysia) dan agensi lain, termasuk Jabatan Imigresen, masih ramai yang terlepas.

“Kita memahami bukan mudah melakukan penguatkua­saan termasuk dengan adanya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), namun kita juga perlu faham bahawa hanya penguatkua­saan yang kuat dapat menangani kemasukan warga asing secara haram.

“Kita juga sedar warga asing diperlukan untuk menampung tenaga kerja tetapi masalahnya ada majikan, khususnya dalam sektor perladanga­n lebih mengutamak­an mereka, malah mengambil mereka yang masuk secara haram,” katanya.

Beliau mengulas laporan mendakwa 1.15 juta atau satu pertiga daripada 3.9 juta rakyat Sabah ketika ini adalah warga asing, dengan kebanyakan­nya atau 70 peratus adalah pendatang tanpa izin.

Patrick berkata, beberapa kelemahan lain turut menyumbang termasuk sikap pemimpin di peringkat akar umbi seperti Jawatankua­sa Kemajuan dan

Keselamata­n Kampung (JKKK) yang tidak mengambil tindakan jika ada warga asing di kawasan mereka.

“Mereka sepatutnya melaporkan kepada agensi yang berkaitan seperti polis atau Jabatan Imigresen jika ada warga asing kerana ia tugas mereka,” katanya.

 ??  ?? PATRICK
PATRICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia