Harian Metro

Tangkis berita fitnah

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

„ Pesara guru buat laporan polis terhadap portal siar artikel program kerajaan didakwa pendaftara­n warga asing

Seorang pesara guru membuat laporan polis, semalam, terhadap sebuah portal berita berhubung siaran satu artikel berkaitan pendaftara­n warga asing atau ‘Projek IC 2.0’ yang didakwa berunsur fitnah.

Peter @ Isong Daigo, 58, berkata artikel bertajuk

yang disiarkan kelmarin itu menunjukka­n penjawat awam berkomprom­i dengan hak dan undang-undang negara.

Dalam laporan polis yang dibuat di Keningau pagi semalam, Peter berkata, artikel itu menyebarka­n cerita seolah-olah program bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Masyarakat Keningau di sini, Jumaat lalu, adalah satu lagi usaha untuk mewujudkan Projek IC 2.0

“Apa bukti bahawa pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan (IC). Mudah sekali untuk melempar tuduhan tetapi di mana buktinya? Ini satu usaha untuk memperleke­hkan kerajaan,” katanya merujuk kepada artikel yang disiarkan portal berkenaan.

Peter berkata, sebagai sebuah portal berita yang aktif dan terkenal, ia tidak sepatutnya menyebarka­n berita berunsur fitnah hingga menyebabka­n rakyat Sabah menjadi risau.

Beliau menegaskan, tindakan portal itu dan wartawanny­a menghasut rakyat untuk mempercaya­i bahawa kerajaan mengeluark­an kad pengenalan menerusi satu lagi ‘Projek IC’ kepada warga asing.

Menerusi laporan polis itu, Peter meminta polis menyiasat laman portal berkenaan dan wartawan yang menulis berita terbabit supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Kelmarin, Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman, menafikan program ‘Sehari Bersama Ketua Menteri’ di sini, Jumaat lalu itu, ada kaitan dengan pemberian sijil kelahiran dan MyKad kepada individu bukan warga Malaysia.

Beliau dipetik sebagai berkata, dakwaan ada ‘aktiviti’ disebut sebagai Projek IC 2.0 berdasarka­n gambar orang ramai mengerumun­i program berkenaan yang disebarkan dalam media sosial adalah tidak berasas sama sekali.

Katanya, tiada logik program berkenaan dijadikan ‘Projek IC’ seperti disebarkan dalam media sosial dengan kehadiran polis dan peguam, malah Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum.

“Pendatang asing tanpa izin akan ditangkap oleh polis jika mereka datang ke program berkenaan,” katanya ketika dihubungi NSTP.

 ??  ?? WAKIL Parti Warisan Sabah cawangan Bingkor bersama membuat laporan polis di Keningau, semalam.
WAKIL Parti Warisan Sabah cawangan Bingkor bersama membuat laporan polis di Keningau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia