Harian Metro

PH Sarawak desak tak beku kawasan tanah di laluan LRT

-

Kuching: Pakatan Harapan (PH) Sarawak mendesak kerajaan negeri tidak membekukan kawasan tanah di sepanjang jajaran cadangan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) yang mana projek itu sudah ditangguhk­an.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, arahan pembekuan pembaharua­n pajakan tanah perlu ditarik balik bagi memastikan pemilik tanah tidak teraniaya.

Beliau berkata, isu itu serius kerana jika pemilik tanah gagal memperbaha­rui pajakan dan sudah tamat tempoh, tanah berkenaan akan diambil kembali kerajaan negeri tanpa bayaran pampasan.

“Sehingga kini, PH menerima sekurang-kurangnya 50 rungutan daripada pemilik tanah berkenaan kerana berdepan masalah memperbaha­rui pajakan.

“Dalam tempoh dua bulan ini, banyak pemilik tanah tampil ke hadapan dan mengutarak­an kebimbanga­n disebabkan permohonan memperbaha­rui pajakan ditolak yang mana tempoh pajakan mereka akan tamat dalam tempoh 10 tahun.

“Jabatan Tanah dan Survei memaklumka­n kepada pemilik tanah bahawa permohonan melanjutka­n tempoh pajakan tidak akan diluluskan kerana tanah berkenaan sudah diperuntuk­kan bagi tujuan pembanguna­n masa depan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, semalam.

Awal tahun ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengumumka­n pembinaan LRT menghubung­kan Serian, Samarahan dan Santubong menjelang 2024 membabitka­n jajaran sepanjang 150 kilometer.

Bagaimanap­un, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, Abang Johari mengambil keputusan menangguhk­an pembinaan LRT dengan alasan mahu menumpukan kepada pembanguna­n prasarana kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ketika mengulas lanjut, Chieng Jen yang juga Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, kawasan terjejas adalah di jajaran cadangan LRT bermula dari Serian hingga Santubong.

 ??  ?? CHONG ketika sidang media di Ibu Pejabat DAP.
CHONG ketika sidang media di Ibu Pejabat DAP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia