Harian Metro

2 MURID LEMAS

Dua budak perempuan lemas mandi di lagun, dua lagi rakan terselamat

- >2

“Saya sempat pesan supaya jangan mandi jauh sangat, tapi tak sampai lima minit saya paling ke belakang tengok mereka minta tolong,” kata Che Azlina Che Muda, 39, ibu Nur Qumaira Qistina Mohd Nizam, 12, yang ditemui lemas di Boardwalk Setiu, Pengkalan Gelap di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua murid perempuan tahun enam iaitu Nur Qumaira Qistina dan Nor Hafizatul Nabihah Mohd Jaffar ditemui lemas.

Dua lagi rakan mereka yang turut mandi bersama di lagun itu ialah Nur Aisyah Syakira Ishak, 12, dan Ain Najihah Abdul Ghani, 12, kedua-duanya dari Kampung Rahmat terselamat.

Che Azlina berkata, dia dan anaknya bersama tujuh yang lain tiba di kawasan itu jam 9.45 pagi.

“Dia (Nur Qumaira Qistina) teruja sangat nak berkelah dan mandi sebab dia baru habis UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), jadi dia ajak kawan-kawan dia dua tiga orang.

“Mulanya mereka mandi di tepi saja dan saya larang dia pergi ke tengah, bila saya paling belakang tengok kawan-kawannya minta tolong.

“Panik melihat keadaan itu saya segera menghubung­i bomba untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka kegembiraa­n mereka datang berkelah di situ bertukar tragedi.

“Siapa sangka jadi begini. Niat kita nak menggembir­akan anak dan rakan yang baru tamat UPSR tetapi Allah lebih menyayangi mereka. Saya reda,” katanya sayu.

 ??  ??
 ??  ?? CHE Azlina sebak ketika menatap wajah Nur Qumaira yang ditemui lemas oleh anggota penyelamat, semalam.
CHE Azlina sebak ketika menatap wajah Nur Qumaira yang ditemui lemas oleh anggota penyelamat, semalam.
 ??  ?? ORANG ramai membantu mengangkat mayat mangsa.
ORANG ramai membantu mengangkat mayat mangsa.
 ?? Che Azlina ?? Niat kita nak menggembir­akan anak dan rakan yang baru tamat UPSR”
Che Azlina Niat kita nak menggembir­akan anak dan rakan yang baru tamat UPSR”
 ??  ?? NUR Qumaira
NUR Qumaira

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia