Harian Metro

MURTABAK TERMURAH

- >3

Muroh terlajok! Itu ungkapan kerap diucap pelanggan yang berkunjung ke Kedai Murtabak Panji Alam di sini, sekali gus menjelaska­n harga makanan dan minumannya terlalu murah.

Murtabak daging dan ayam di kedai itu dijual pada RM2 sebiji berbanding kebiasaann­ya RM3.50 sebiji manakala, air teh O pula 40 sen secawan, iaitu 60 sen lebih murah dibandingk­an kedai lain.

Pemilik kedai itu, Mohd Nasir Jambol, 53, dari Kampung Kuala Ibai, berkata, dia sudah membuka kedai makan itu sejak 2005 dan tidak pernah menaikkan harga.

“Sejak mula berniaga saya tetapkan harga teh O panas 40 sen dan ia kekal hingga sekarang walaupun banyak barang yang naik harga.

“Cuma harga makanan dinaikkan sedikit, tetapi masih pada harga rendah berbanding tempat lain kerana saya dan isteri, Norehan Ngah, 47, sudah sepakat bahawa kami berniaga sambil beramal, bukan nak untung semata-mata.

“Alhamdulil­lah, berkat kesabaran dan kesungguha­n, kedai makan kami tetap menjadi pilihan pelanggan, biarpun keuntungan tidak seberapa,” katanya.

Mohd Nasir berkata, kepuasan berniaga baginya bukan terletak pada keuntungan semata-mata, tetapi juga kepuasan melihat kegembiraa­n pelanggan menjamah makanan yang sedap dengan harga dikenakan rendah.

Selain murtabak, dia juga menjual pelbagai jenis roti canai yang berharga 70 sen untuk roti kosong dan RM1.40 untuk roti telur.

“Saya tidak pasti jika masih ada atau tidak peniaga lain menjual roti canai kosong pada harga 70 sen, sedangkan harga semasa negeri ini RM1.

“Saya terus kekalkan harga ini walaupun untung tidak tinggi mana,” katanya yang berniaga mulai jam 4 petang hingga 10 malam.

Norehan pula berkata, dia dan suaminya menyediaka­n 20 kilogram tepung untuk roti canai dan murtabak setiap hari.

„ Murtabak ayam dan daging dijual pada harga hanya RM2

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Nasir menunjukka­n murtabak yang djual dengan
RM2 di Kampung Panji Alam. MOHD Nasir bersama Nor
Rehan menghasilk­an Murtabak yang
djual dengan harga RM2.00.
MOHD Nasir menunjukka­n murtabak yang djual dengan RM2 di Kampung Panji Alam. MOHD Nasir bersama Nor Rehan menghasilk­an Murtabak yang djual dengan harga RM2.00.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia