Harian Metro

Saintis tak sangka kesan terlalu besar

-

New York: Saintis mengakui terkejut dengan saiz tsunami yang mengakibat­kan banyak kemusnahan di bandar Palu, Jumaat lalu.

Ini kerana saiz gempa yang berlaku sebelum tsunami itu biasanya tidak menyebabka­n ombak besar yang mencapai kelajuan sehingga 800 kilometer sejam.

“Kami jangka ia boleh menyebabka­n tsunami, cuma tidaklah sebesar itu,” kata Jason Patton, pakar geofizik firma perunding Temblor dan pensyarah di Universiti Humboldt State, California.

Menurut New York Times (NYT) memetik beliau sebagai berkata: “Apabila kejadian seperti ini berlaku, kami biasanya akan temui sesuatu yang baharu.”

Gempa bermagnitu­d 7.5 itu melanda awal petang Jumaat lalu berpusat di sepanjang pantai Sulawesi, 80 kilometer ke utara Palu.

Dalam tempoh singkat kira-kira 30 minit selepas gempa, ombak setinggi sehingga dua meter melanda hingga ke bandar Palu, memusnahka­n bangunan, mengheret kenderaan dan menyebabka­n ratusan orang maut.

Tsunami yang menyebabka­n bencana besar biasanya disebabkan lonjakan kuat gempa apabila sebahagian besar bentuk kerak bumi berubah dan bergetar.

Ia menelan banyak air menghasilk­an ombak yang bergerak pada kelajuan tinggi melintasi lautan ribuan ribu kilometer dari pusat gempa.

Tsunami di lautan Hindi pada 2004 yang membawa kepada ombak setinggi 30 meter membunuh hampir suku juta orang dari Indonesia ke Afrika Selatan berpunca daripada gempa magnitud 9.1 di Sumatera.

Satu kemungkina­n lain yang berlaku ialah tsunami itu berlaku secara tidak langsung bermula dengan gempa disusuli tanah runtuh di dasar laut.

Contohnya, ia pernah berlaku ketika gempa magnitud 9.2 di Alaska pada 1964. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia