Harian Metro

‘KAMI LAPAR’

-

„ Penduduk minta bantuan makanan meruntun hati netizen

Kuala Lumpur

Rintihan mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi yang meminta bantuan makanan meruntun hati netizen di laman sosial.

Beberapa hantaran bersama foto dipercayai daripada mangsa yang berada di lokasi kejadian meminta bantuan tular di media sosial sejak pagi semalam.

Lebih memilukan, ada antara mereka terdesak mengutip makanan di atas jalan untuk meneruskan hidup.

Seorang pemilik akaun Facebook Aulia R memohon pihak berkaitan datang membantu mangsa yang memerlukan makanan.

“Tolong kasihani kami. Kami terpaksa memungut makanan bertabur di atas jalan.

“Tolong pemerintah (kerajaan) segera lakukan tindakan untuk kami di Desa #Lero kec. Sindue kab. Donggala kerana sampai sekarang belum ada bantuan,” tulisnya.

Elis Safitry Darise pula berkata, keluargany­a masih belum menerima sebarang bantuan.

“Mohon sebesar-besar (bantuan), keluarga yang lain sudah mati kelaparan hanya kerana belum dapat bantuan.

“Keluarga yang ingin datang ke Palu sudah tidak tahu bagaimana keadaan sekarang. Hanya kerana ingin bertemu di arah ke desa lain,” katanya.

Sementara itu, Tuti pula berkata, mereka yang masih selamat terpaksa meneruskan hidup dalam kelaparan.

“Apakah kami di Kabupaten (daerah) Sigi tidak layak dapat bantuan? Apakah kami tidak berdaftar sebagai daerah bencana saat ini?

“Kami juga perlu bantuan. Anak-anak, warga emas, wanita dan lain-lain ini semua selamat dari gempa dan tsunami tetapi kami akan mati kelaparan,” katanya.

Rahmawati Djafar memohon semua bantuan logistik disalurkan menggunaka­n helikopter bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mangsa dengan seberapa segera.

“Pak Presiden, mohon semua bantuan logistik disalurkan menggunaka­n helikopter supaya lebih cepat dan terjangkau kepada semua sebelum banyak lagi mangsa meninggal dunia kerana kelaparan,” katanya.

Sementara itu, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Lazis Wahdah Salehuddin Abdul Karim berkata, air diibaratka­n sebagai emas kepada penduduk di Palu dan Donggala dengan masing-masing berebut mendapatka­n sumber berkenaan hingga mencetuska­n keadaan huru-hara.

“Situasi mereka sudah tidak terkawal dan jika masih lagi sama atau tiada bantuan sewajarnya tiba pada waktu terdekat ini kemungkina­n keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Menurutnya, semua penduduk trauma dan naik ke gunung berdekatan untuk menyelamat­kan diri, dan situasi kian memburuk apabila bekalan makanan dan air bersih tiada.

“Semua orang panik dan naik ke gunung mencari tempat perlindung­an. Ketika ini mereka sangat memerlukan bantuan makanan,” katanya.

Koordinasi badan kemanusiaa­n Aksi Cepat Tanggap (ACT) Nur Ali Akbar berkata, kebanyakan mangsa memerlukan makanan dan sudah tidak boleh bersabar lagi.

“Mereka ingin makanan, keluarga boleh mati kerana diminta bersabar dan menunggu. Selain makanan dan air bersih, bahan bakar juga menjadi rebutan, sekurang-kurangnya tiga stesen minyak diserbu orang ramai untuk mendapatka­n bahan bakar.

“Bagi tindakan awal, ACT bersama sukarelawa­n lain melakukan misi menyelamat terhadap mangsa yang tertimbus hingga kedalaman lima

meter,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA tentera membantu memindahka­n golongan warga emas ke pusat pemindahan.
ANGGOTA tentera membantu memindahka­n golongan warga emas ke pusat pemindahan.
 ??  ??
 ??  ?? BEBERAPA mangsa tsunami dan gempa bumi memnita bantuan melalui
media sosial.
BEBERAPA mangsa tsunami dan gempa bumi memnita bantuan melalui media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia