Harian Metro

Takdir mati tersepit

- Rosli Ilham cnews@nstp.com.my

„ Isteri, bayi hanya cedera ringan dalam kemalangan

Seorang lelaki maut manakala isteri dan anaknya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 343.3, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Paka di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi, Muhammad Aniq Hakim Rozmi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Isterinya, Nur Fatinie Rokhman, 24, dari Panchor Kemunin, Kota Bharu dan bayi mereka, Muhammad Adam Rizqi, satu tahun enam bulan, mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah, Superinten­dan Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu Perodua Kelisa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menuju Kuantan.

“Kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan menyebabka­nnya tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluark­an mangsa yang tersepit.

“Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluark­an mangsa yang tersepit sementara isteri dan anak mangsa dikeluarka­n dengan bantuan orang ramai, ” katanya.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut manakala isteri dan bayi mangsa dirawat di unit kecemasan hospital sama dan dilaporkan stabil,” katanya.

Baharudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengangkat jasad Muhammad Aniq (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya LPT2, semalam.
ANGGOTA penyelamat mengangkat jasad Muhammad Aniq (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya LPT2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia