Harian Metro

Kasih pada haiwan terbiar

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Naluri sayangkan haiwan mendorong seorang wanita meluangkan sedikit masa hampir setiap hari sejak 10 tahun lalu dengan memberi makan kepada kucing dan anjing terbiar.

Setiap pagi sebelum ke pejabat, menjadi kewajipan bagi Norizah Mohd, 39, meluangkan masa untuk memberi makan kepada kucing dan anjing terbiar.

Dia turut menghabisk­an masa dengan melakukan aktiviti sama pada sebelah petang selepas tamat waktu bekerja manakala pada cuti umum pula Norizah ditemani suami dan anak mereka yang berkongsi minat sama menjalanka­n aktiviti terbabit.

Meskipun membela empat kucing di rumah, Norizah berkata, dia belum berasa puas dan masih mahu mengambil tahu nasib haiwan terbiar di jalanan.

“Memang perangai saya macam ini, jumpa saja haiwan tak kiralah sama ada kucing atau anjing, saya akan beri makan. Tak sampai hati tengok haiwan berkenaan kelaparan.

“Bagi saya ini adalah satu tanggungja­wab, kalau sehari tak berkesempa­tan luangkan masa untuk beri haiwan makan, saya berasa tidak sedap hati dan serba salah,” katanya.

Ibu kepada dua anak itu berkata, kebiasaann­ya dia meluangkan masa untuk memberi makan kepada sekumpulan anjing berhampira­n tempat kerjanya.

Katanya, anjing juga makhluk Allah, justeru, dia tidak berasa kekok untuk memberi makan kepada haiwan itu sejak tujuh tahun lalu.

“Sebagai orang Islam, sudah pasti saya tahu batasan dan hukum mengenai anjing. Memang saya ada pengetahua­n mengenai cara melakukan samak, kena buat terus kalau saya terpegang atau sentuh anjing,” katanya.

Menurutnya, dia juga tidak kisah memperuntu­kkan sejumlah wang setiap bulan untuk membeli makanan haiwan terbiar terbabit. “Memang dalam kereta pun saya ada siapkan makanan, kalau terserempa­k kucing atau anjing terus boleh bagi, saya mahu berkongsi rezeki. “Apa yang saya buat ini bukan untuk menunjuk-nunjuk namun atas rasa tanggungja­wab terhadap haiwan. Selain kasihan melihat mereka, saya juga anggap ini sebagai amal jariah,” katanya.

Norizah berkata, jika tidak mempunyai kelapangan masa atau bertugas di luar daerah, dia akan meminta ahli keluarga atau rakan memberi makan kepada haiwan berkenaan.

“Saya bersyukur orang di sekeliling memahami niat saya. Mereka bukan saja menyokong, malah turut menggantik­an tempat saya pada waktu tertentu.

“Anak saya juga sudah didedahkan dengan amalan ini supaya mereka ada rasa tanggungja­wab dan sayangkan semua haiwan,” katanya.

„ Wanita luang masa setiap pagi, petang beri makan kucing, anjing jalanan selama 10 tahun

 ??  ?? RUTIN Norizah memberi makan kucing dan anjing jalanan pada waktu pagi dan petang.
RUTIN Norizah memberi makan kucing dan anjing jalanan pada waktu pagi dan petang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia