Harian Metro

Kerajaan kurang dana selesai hutang negara ‘Kami mahu bebas’

- Cnews@nstp.com.my

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan mengalami masalah kekurangan dana kerana ia dibebani dengan hutang negara melebihi RM1 trilion yang ditinggalk­an oleh kerajaan terdahulu.

Menurut beliau, sebahagian besar daripada wang kerajaan akan digunakan untuk membayar hutang.

“Inilah keutamaan kita kini iaitu untuk menyelesai­kan masalah hutang ini,” katanya dengan menambah kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada risiko negara menjadi bankrap.

Dalam perjumpaan beliau dengan rakyat Malaysia yang bermastaut­in di United Kingdom pada satu jamuan minum lewat petang Ahad, Dr Mahathir mengucapka­n terima kasih kepada rakyat Malaysia dan masyarakat Malaysia di luar negara kerana dengan sukarela telah menyumbang kepada Tabung Harapan Negara untuk membantu mengurangk­an beban hutang negara.

“Mereka secara sukarela bertindak mengumpul dana untuk membantu kerajaan. Sudah tentulah jumlahnya tidak banyak, (tetapi) sikap yang ditunjukka­n mereka itu adalah amat dialu-alukan iaitu semangat kesetiaan rakyat kepada negara,” katanya.

Menjawab pertanyaan hadirin mengenai pembelian senjata, Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan memperuntu­kkan belanjawan yang lebih besar untuk bidang pendidikan berbanding pertahanan walaupun terdapat keperluan mendesak untuk membeli persenjata­an baharu.

“Kita masih boleh bertahan walaupun menggunaka­n pesawat-pesawat yang ketinggala­n zaman. Kita akan membelanja­kan lebih banyak wang untuk perbelanja­an pendidikan,” kata beliau.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak begitu yakin dengan pakatan pertahanan.

“Kami mahu bebas, dan mempunyai dasar kami sendiri,” katanya selepas menyampaik­an ceramah mengenai Masa Depan Demokrasi di Asia di Chatham House, Royal Institute of Internatio­nal Affairs di sini, semalam.

Ditanya mengenai perancanga­n pertahanan masa depan Malaysia, Dr Mahathir berkata, bergabung dengan sekumpulan negara dalam bidang pertahanan akan mengakibat­kan Malaysia terbabit dalam politik mereka.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mempunyai Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dengan negara berkenaan memutuskan untuk bekerjasam­a, itu tidak bererti Malaysia perlu mengikuti dasar mereka.

“Kami boleh mempunyai dasar (pertahanan) kami sendiri,” kata beliau.

FPDA yang ditandatan­gani pada 1971 menggabung­kan Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Dr Mahathir juga menekankan beliau tidak mahu negara luar menempatka­n pangkalan tentera mereka di Malaysia.

“Kami mahu bebas daripada sebarang pembabitan negara lain,” katanya.

Berhubung soal menguruska­n tuntutan ke atas isu-isu yang timbul membabitka­n negara jiran seperti Singapura, Dr Mahathir berkata, walaupun rundingan tidak begitu berhasil, Malaysia tidak berniat untuk berperang dengan mereka.

Beliau mendakwa Singapura lebih kuat dari Malaysia

„ Malaysia tidak mahu pangkalan tentera asing

walaupun saiz mereka kecil dan ini menyebabka­n hadirin yang memenuhi dewan tertawa.

“Saya tidak nampak perang boleh selesaikan (isu). Kami akan terus berunding walaupun mungkin tidak membawa hasil,” kata beliau.

Dr Mahathir juga mencadangk­an mereka yang membuat tuntutan merujuk kes ke Mahkamah Keadilan Antarabang­sa selalunya disebut Mahkamah Dunia.

Bagaimanap­un, kedua-dua pihak sebelum itu mesti bersetuju untuk menerima apa jua keputusan dibuat mahkamah itu.

Malaysia, katanya, sudah merujuk dua kes penting ke Mahkamah Dunia.

Dalam pertikaian dengan Indonesia, yang nampaknya beliau merujuk kepada pertikaian sempadan Ligitan dan Sipadan, Dr Mahathir berkata, Mahkamah Dunia dengan ‘bijaksana’ mengisytih­arkan kawasan itu milik Malaysia.

Sebaliknya, dalam pertikaian Pulau Batu Putih dengan Singapura, beliau berkata, mahkamah bertindak ‘tidak bijak’ dengan memutuskan ia milik Singapura.

“Kadang-kadang kita untung, kadang-kadang rugi,” kata beliau menyebabka­n hadirin sekali lagi tertawa dan beliau menambah, “bila anda ke Mahkamah Dunia, anda berada di bawah ihsan hakim.”

 ?? Dr Mahathir Mohamad ?? DR Mahathir ketika sesi dialog yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Pengarah Chatham House, Adam Ward di Chatham House, semalam.
Kami boleh mempunyai dasar (pertahanan) kami sendiri”
Dr Mahathir Mohamad DR Mahathir ketika sesi dialog yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Pengarah Chatham House, Adam Ward di Chatham House, semalam. Kami boleh mempunyai dasar (pertahanan) kami sendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia