Harian Metro

Prinsip jitu ATM

- Cnews@nstp.com.my

„ Tidak memihak kepada parti politik

„ Berkhidmat kepada kerajaan memerintah

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpegang teguh kepada prinsip atau amalan iaitu tidak memihak kepada mana-mana parti politik mahupun terbabit dalam perjuangan parti tertentu.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata, ATM akan terus berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah dan akan sentiasa memberi taat setia tidak berbelah bagi kepada raja dan negara.

“Ini adalah prinsip asas terpenting yang perlu diamati setiap warga ATM, bahkan seluruh rakyat Malaysia supaya ATM tidak tercemar dan kekal sebagai sebuah angkatan profesiona­l.

“Sekiranya prinsip ini tidak digalas sepenuhnya, kemungkina­n besar salah guna kuasa akan berlaku dan ia akan mencetuska­n konflik dan mungkin mengakibat­kan pertumpaha­n darah, yang mana ia buka jalan penyelesai­an terbaik bagi sebuah negara berdaulat,” katanya ketika berucap menyampaik­an perutusan sempena perbarisan Hari ATM ke-85 di Pangkalan Udara Subang di sini, semalam.

Beliau turut mengingatk­an warga ATM supaya sentiasa matang dan bijak mengadapta­si zaman teknologi kini.

Katanya, menuju era globalisas­i ketika ini, dunia menjejak kaki ke era Revolusi Industri ke-4 yang mana teknologi berkembang pesat membangun.

“Segala maklumat kini mudah diperoleh. Justeru, warga ATM perlu matang dan jangan mudah terpengaru­h dengan informasi yang tular tanpa mengetahui kesahihann­ya.

“Saya minta supaya warga ATM bijak menilai dan tidak terpedaya dengan budaya palsu dan fitnah. Justeru, warga ATM bukan sekadar perlu mengikuti peredaran ini malah kita seharusnya mendakap dan mendahului perubahan, khususnya dalam penggunaan teknologi serta pengendali­annya secara bijaksana,” katanya.

 ??  ?? ZULKIFLI memeriksa perbarisan.
ANTARA anggota tentera dari sayap darat, udara dan laut mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-85.
ZULKIFLI memeriksa perbarisan. ANTARA anggota tentera dari sayap darat, udara dan laut mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-85.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia