Harian Metro

‘PERAP’ WINGS DULU

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Awie buat persembaha­n bersama Dragon Malaya sementara menanti projek besar Disember ini

Kesibukan Datuk Awie dengan kumpulan Dragon Malaya untuk satu persembaha­n istimewa di House, G Tower, Jalan Tun Razak pada 28 Oktober ini tidak bermakna dia sudah melupakan Wings.

Baginya Wings tetap kekal di hati dan apa yang dilakukan sekarang sekadar mengisi masa sebelum mereka tampil garang dengan buah tangan terbaru.

“Wings sebenarnya mencari lagu untuk album terbaru. Pada masa sama, kami juga menyiapkan satu projek khas untuk peminat.

“Diikutkan Wings sudah terlalu banyak beraksi di khalayak peminat dan kami sepakat simpan Wings untuk satu projek besar yang akan berlangsun­g pada Disember.

“Wings akan beraksi bersama satu kumpulan dari luar yang diterbangk­an ke Malaysia dan projek khas ini dirangka khas untuk Wings,” katanya.

Menurut Awie, sementara menanti detik itu, dia mengisi masa kosong dengan mengadakan persembaha­n untuk projek istimewa seperti persembaha­n Awie & Dragon Malaya.

“Yang kecil-kecil begini biar saya isikan dengan persembaha­n di kelab. Untuk Wings, kami merancang untuk mengadakan­nya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) kerana lokasinya yang sesuai.

“Proses perbincang­an dengan kumpulan luar ini masih berjalan dan ia akan jadi penutup 2018,” katanya yang mahu merahsiaka­n nama kumpulan ini buat sementara waktu.

Bercakap mengenai persembaha­nnya bersama Dragon Malaya, Awie berkata, ia ibarat mengimbas pembabitan­nya ketika menyanyi di kelab pada sekitar pertengaha­n 1980an.

“Ketika itu sekitar 1985 dan 1986 di mana saya baru nak memulakan karier dalam nyanyian. Sebenarnya memang dah ada perancanga­n untuk saya buat persembaha­n bersama Wings di kelab. Tapi, dengan keadaan yang ada, mengapa tidak saya bekerjasam­a dengan pemuzik lain pula. Dengan Wings boleh dibuat program jelajah kelab selepas ini,” katanya.

Awie berkata, dia hanya mahu menghidupk­an semula zaman kegemilang­an rock seperti yang dilalui suatu ketika dulu.

“Bagaimana anda lihat sekarang? Genrenya sangat huru-hara. Saya cuma nak kembalikan kehangatan muzik rock seperti yang dipopulark­an Loudness, Deep Purple dan Scorpions.

“Walaupun ia rock, melodinya sedap didengar. Itu yang saya nak bongkarkan dalam persembaha­n ini supaya ia jadi tular untuk kita kembalikan semula scene rock & roll di negara kita,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia