Harian Metro

ANGKAT PROFESION MUTAWIFFAH

- DARI MUKA H47

Peranan penting sebagai pembantu mutawif bantu

jemaah wanita sepanjang umrah dan haji

Manhajj Mutawwif Umrah & Holidays Sdn Bhd (Manhajj Mutawwif), sebuah agensi umrah antara yang giat melatih mutawif bukan saja dalam kalangan lelaki, malah turut menggalakk­an ramai wanita dalam profesion itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Abdul Halim Ikhsan berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai graduan wanita membabitka­n diri sebagai mutawiffah bertauliah di negara ini.

Katanya, ramai beranggapa­n graduan bidang agama hanya berkhidmat sebagai ustaz atau ustazah selepas tamat pengajian sedangkan mereka boleh meneroka lebih banyak bidang lain antaranya sebagai mutawif dan mutawiffah profesiona­l.

“Di syarikat ini, kami antara pengendali kursus mutawif profesiona­l bukan saja terbuka untuk lelaki, malah wanita. Peranan mutawiffah juga penting sebagai pembantu mutawif untuk membantu jemaah wanita sepanjang menunaikan ibadat umrah dan haji.

“Bagaimanap­un, ingin saya tekankan juga, tidak semestinya mereka yang berlatar pendidikan dalam bidang agama yang layak menyertai kerjaya ini, sebaliknya sesiapa saja yang berminat dan mahu belajar juga berkelayak­an menjadi mutawif dan mutawiffah,” katanya ketika ditemui baru-baru ini pada program Manhajj Menelusuri Desa di Kampung Cherengin, Janda Baik, Pahang.

Aktiviti itu dijalankan sebagai salah satu tanggungja­wab khidmat bakti masyarakat syarikat itu. Program itu bertujuan mengeratka­n silaturahi­m antara semua kakitangan, pelajar praktikal dan ahli keluarga Manhajj Mutawwif serta peserta kursus mutawif.

Antara pengisian dalam khidmat bakti masyarakat ini meliputi aktiviti kerohanian dan sukaneka yang menarik berbentuk ilmiah serta khidmat masyarakat membabitka­n penduduk kampung yang tertumpu kepada membersihk­an kawasan perkuburan di kampung terbabit.

“Aktiviti yang julung kali diadakan ini juga medium bagi Manhajj Mutawwif untuk mendekati masyarakat,” katanya.

Seramai 45 orang menyertai program selama dua hari itu dengan pelbagai aktiviti antaranya persembaha­n berkumpula­n, qiamullail, solat berjemaah dan senamrobik.

Aktiviti kemuncak adalah gotong-royong membersihk­an Masjid

Abu Bakar dan kawasan kubur selain menyediaka­n masakan tengah hari.

Sementara itu, Manhajj Mutawwif yang ditubuhkan sejak tiga bulan lalu adalah satu-satunya agensi umrah di Malaysia yang mempunyai jabatan produksi apabila sebelum ini menerbitka­n program realiti televisyen terbaru dikenali Manhajj Mutawwif yang disiarkan di Astro Oasis pada Mac lalu.

Program yang berunsur dakwah itu bertujuan mengangkat profesion sebagai mutawif supaya lebih dikenali dan dihargai masyarakat.

Pada akhir tahun ini, Manhajj Mutawwif akan membawa lebih 700 jemaah umrah termasuk dari luar negara membabitka­n beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan.
PESERTA bergambar kenangan.
 ??  ?? PESERTA bergotong-royong memasak hidangan tengah hari.
PESERTA bergotong-royong memasak hidangan tengah hari.
 ??  ?? AKTIVITI senamrobik disertai peserta.
AKTIVITI senamrobik disertai peserta.
 ??  ?? ABD Halim
ABD Halim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia