Harian Metro

TEKAN ‘BUTANG PANIK’

-

butang kecemasan apabila berlaku kecemasan dan sebaik saja amaran kecemasan diterima di pusat, pasukan SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesai­kan masalah dihadapi.

“Pasukan ini kemudian akan mengenal pasti kedudukan pengguna dan mendapatka­n bantuan yang terdekat dengan mereka.

Anda sebagai pengguna juga boleh memantau status anda melalui aplikasi ini.

“Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangk­an kos bebanan pengguna,” katanya.

Aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma di Play

Store dan Apps Store, kemudian membuat pendaftara­n dengan memasukkan butiran diri. Bagaimanap­un, buat masa ini, perkhidmat­an yang sangat bermanfaat ini hanya ditawarkan di Lembah Klang dan akan dikembangk­an ke kawasan lain secara berperingk­at.

Lim berkata, selain bantuan kecemasan, pengguna yang melanggan aplikasi itu dapat menikmati pelbagai tawaran dan manfaat menarik daripada syarikat dan organisasi yang menjalin kerjasama dengan caj RM1 sehari atau RM365 setahun.

Antara kelebihan untuk pelanggan termasuk insurans kemalangan peribadi percuma bernilai RM50,000 selain pemeriksaa­n kesihatan di hospital terpilih bernilai RM365.

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati harga istimewa untuk memperbaha­rui insurans kereta dan penyelengg­araan kereta, yuran ambulans, selain khidmat penundaan kenderaan percuma.

“Bukan itu saja, pelanggan juga dapat menikmati diskaun menarik untuk pakej percutian dan tempahan hotel terpilih di dalam negara,” katanya.

 ??  ?? PASUKAN bantuan membantu pengguna dalam situasi cemas.
PASUKAN bantuan membantu pengguna dalam situasi cemas.
 ??  ?? LIM menunjukka­n aplikasi yang memudahkan pengguna berdepan
kecemasan.
LIM menunjukka­n aplikasi yang memudahkan pengguna berdepan kecemasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia