Harian Metro

KUMPUL SISA PLASTIK 25KG

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Program bersih Pantai Remis, Jeram, Selangor himpun sampah dalam tempoh sejam

Pencemaran plastik sudah menjadi seperti wabak yang berbahaya kepada hidupan laut dan kesannya terhadap kesihatan manusia amat membimbang­kan.

Setiap hari, jutaan plastik digunakan manusia di seluruh dunia dan akhirnya dibuang ke tapak pelupusan sampah atau hanyut ke laut.

Menurut statistik Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), 50 peratus plastik digunakan sekali saja dan plastik ialah 10 peratus daripada sisa yang dihasilkan.

Pada 2016, 480 bilion botol minuman dijual seluruh dunia dan 17 juta tong minyak digunakan untuk menghasilk­an botol plastik setahun.

Hakikatnya, seluruh dunia menyumbang kepada pencemaran plastik yang akhirnya mencemar laut dan memberikan masalah kepada hidupan marin serta mengancam kesihatan manusia.

Isu pencemaran laut terus mendapat perhatian banyak pihak dan atas kesedaran terhadap kesannya kepada hidupan laut, pelbagai program dijalankan antaranya Hari Membersihk­an Pantai Antarabang­sa.

Justeru, baru-baru ini, jenama penjagaan kulit REN Clean Skincare Malaysia dengan kerjasama Reef Check Malaysia menganjurk­an hari pembersiha­n pantai sejajar misi jenama itu menjadi bebas bahan buangan menjelang 2021.

Program diadakan di Pantai Remis, Jeram, Selangor itu membabitka­n kerjasama wakil media yang turun padang menjayakan program bermula 9 pagi dan berakhir 10.30 pagi dengan 25 kilogram sisa buangan plastik dikutip dan dikumpulka­n dalam tempoh sejam.

Menurut jurucakap REN Clean Skincare Malaysia, pihaknya memberi perhatian kepada laut memandangk­an ia kawasan paling kerap dan banyak mengumpul sampah terutama sisa plastik yang sukar dilupuskan secara semula jadi.

Selain membantu usaha membersihk­an kawasan pantai di sekitar Malaysia, usaha itu juga untuk memupuk kesedaran terhadap kesan buruk plastik dan sampah-sarap terhadap hidupan laut.

Dalam pada itu, REN Clean Skincare turut menjalin kerjasama dengan Terracycle untuk mewujudkan botol plastik baru yang boleh dikitar semula 100 peratus mengandung­i 20 peratus sisa plastik dari pantai, laut, sungai, tasik dan kawasan pesisiran punca air itu.

Sejajar inisiatif Building on Clean to Planet, REN Clean Skincare akan menjadi antara jenama penjagaan kulit pertama yang menawarkan pelanggan produk di dalam 100 peratus botol kitar semula mengandung­i sisa plastik laut.

Menerusi usaha itu, pembungkus­an baru itu juga akan mudah dikitar semula selaras usaha dan komitmen jenama terbabit menjadi jenama Sifar Sisa Buangan.

 ??  ?? SISA tayar yang ditemui di pesisiran pantai.
SISA tayar yang ditemui di pesisiran pantai.
 ??  ?? PESERTA yang terbabit dalam program.
PESERTA yang terbabit dalam program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia