Harian Metro

Low Ngai Yuen

-

Ngai Yuen berkata, isu gelandanga­n bukan isu yang asing di negara ini lebih-lebih lagi di kota metropolit­an seperti Kuala Lumpur.

“Sebanyak tiga peratus daripada golongan dewasa di negara ini dilahirkan sebelum pelaksanaa­n vaksinasi hepatitis B pada 1989 dan 95 peratus daripada 380,000 orang menghidap hepatitis

C tidak sedar mereka terjangkit terutama gelandanga­n.

“Kita juga sukar untuk membayangk­an kepayahan gelandanga­n ini menempuh hidup setiap hari tanpa tempat berlindung dan penjagaan kesihatan yang sempurna di ibu kota.

“Kami banyak menganjurk­an aktiviti membabitka­n gelandanga­n serta mendengar banyak cerita daripada mereka, sekali gus mendapat ilham untuk menghasilk­an filem ini,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama Pertubuhan Pembanguna­n Kendiri Wanita dan

Gadis (WOMEN:girls) dan Persatuan Hepatitis Free Malaysia (HFM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden HFM, Profesor Dr Rosmawati Mohamed dan Datin Paduka Marina Mahathir.

Mengulas mengenai pembikinan filem itu, kata Ngai Yuen, penggambar­an filem yang membabitka­n durasi satu jam 50 minit itu berlangsun­g pada 2015.

“Pemilihan Sofea Jane sebagai Mawar yang juga watak utama dalam filem ini tepat kerana saya sangat mengagumi dirinya yang sangat profesiona­l ketika bekerja.

“Sofea juga terima tawaran untuk berlakon dalam filem ini kerana dia mencari watak yang mencabar dan tidak pernah dilakonkan sebelum ini.

“Begitu juga pemilihan pelakon lain yang semuanya sudah biasa bekerja dengan saya sebelum ini,” katanya. Pada masa sama, Ngai Yuen juga berharap filem itu dapat memberi gambaran sebenar mengenai gelandanga­n kepada masyarakat.

“Saya harap orang ramai akan lebih memahami mereka selepas menonton filem ini. Mereka juga memiliki latar belakang yang kita mungkin tidak sangka sama sekali.

“Kami juga ada perancanga­n untuk membawa filem ini ke festival peringkat antarabang­sa selepas ini,” katanya.

Ngai Yuen yang juga Pengarah Eksekutif WOMEN berkata, pihaknya juga berganding bahu dengan HFM untuk menganjurk­an tayangan gala filem Orang Itu yang berlangsun­g di pawagam GSC Pavilion pada 16 Oktober ini.

“Kami juga menggunaka­n filem ini sebagai medium untuk mengumpul dana bagi membeli kit ujian hepatitis dan pengetahua­n untuk diberikan secara percuma kepada gelandanga­n di ibu kota.

“Ia penting kerana gelandanga­n tidak tahu status kesihatan mereka dan sekiranya tidak menjalani ujian terbabir,” katanya.

Ditanya soal sasaran pula, kata Ngai Yuen, pihaknya juga menyasarka­n filem itu mengumpul RM500,000 untuk kutipan pada malam gala.

“Kami turut mengalu-alukan sokongan daripada pihak korporat untuk membeli kerusi untuk tayangan amal nanti,” katanya.

Filem Orang Itu juga terbitan Garang Pictures Sdn Bhd.

 ??  ?? Saya harap orang ramai akan lebih memahami mereka selepas menonton filem ini. Mereka juga memiliki latar belakang yang kita mungkin tidak sangka sama sekali ALICIA Amin
Saya harap orang ramai akan lebih memahami mereka selepas menonton filem ini. Mereka juga memiliki latar belakang yang kita mungkin tidak sangka sama sekali ALICIA Amin
 ??  ??
 ?? FOTO ?? MARINA (tengah) bersama Dr Rosmawati (dua dari kiri) ketika previu filem Orang Itu, baru-baru ini.
FOTO MARINA (tengah) bersama Dr Rosmawati (dua dari kiri) ketika previu filem Orang Itu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia