Harian Metro

MENCARI RAHMAT satira sarkastik

-

Permulaann­ya, Al Jafree Md Yusop diberikan kepercayaa­n AB Roll Sdn Bhd bagi mengarahka­n telefilem Melur VS Rajawali, Kembara Nak Dara dan Rahim Takut Nak Azan.

Kemampuann­ya diakui apabila telefilem ini mendapat sambutan hangat penonton dan seterusnya membuka peluang buatnya mengarahka­n filem pertama berjudul Mencari Rahmat.

Diadaptasi daripada karya Oscar Wilde berjudul The Importance of Being Earnest, Al Jafree mula menulisnya dalam versi tempatan sejak hampir 15 tahun lalu dan pernah dipentaska­n dalam bentuk teater di ibu negara.

Sebagai adaptasi, filem Mencari Rahmat tampil dalam genre komedi romantik, satira penuh sarkastik dan kritik sosial yang mampu menghiburk­an penonton.

Ada kelainan dalam filem indie ini berbanding filem komersial yang sering menemui penonton di pawagam.

Barisan pelakonnya bukan calang-calang kerana semuanya penuh berkaliber dan mempunyai kualiti tersendiri seperti Fauziah Nawi, Nam Ron, Adibah

Noor, Sharifah Amani, Nadia Aqilah, Azman Hassan, Amerul Affendi dan Eric Fuzi.

Tidak dinafikan naskhah Mencari Rahmat mantap dan menghiburk­an pada mereka yang menggemari konsep ceritanya.

Ia juga sudah ditayangka­n di Kota Kinabalu Internatio­nal Film Festival pada Julai lalu, selain ditayangka­n dalam bentuk tayangan tertutup.

Al Jafree mengakui pasukannya sudah bersedia dengan strategi pemasaran tersendiri bagi memastikan filem yang dilabel PG 18 ini diterima penonton.

“Memang penerbit ada perancanga­n untuk menayangka­n filem ini di pawagam pada tahun depan. Buat masa ini kami buat tayangan eksklusif untuk mereka yang berminat saja.

“Ia sebenarnya bergantung kepada lokasi tayangan itu sendiri. Contohnya hari ini (barubaru ini) kami adakan di Galeri Ilham, Menara Ilham, Kuala Lumpur.

“Akan datang kami akan buat di pawagam yang boleh memuatkan

200 penonton di Johor dan seterusnya di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang yang boleh memuatkan 1,000 penonton,” katanya.

Menyaksika­n Mencari Rahmat, didapati penggunaan beberapa dialog kurang enak turut dituturkan dalam filem ini.

Al Jafree mempertaha­nkan kewajarann­ya menampilka­n dialog ini.

Katanya, ia mendapat pelepasan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

 ??  ??
 ??  ?? AMERUL
AMERUL
 ??  ?? ANTARA adegan dalam filem Mencari Rahmat.
ANTARA adegan dalam filem Mencari Rahmat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia