Harian Metro

Dulu lain, kini lain...

-

Kata orang sebelum bercakap berkenaan sesuatu perkara, ada baiknya berfikir terlebih dulu supaya tak jadi bahan ketawa pada kemudian hari.

Inilah yang terjadi terhadap seorang penerbit yang sebelum ini lepas cakap membabitka­n peranan media dalam membantu promosi sesebuah produksi.

Kononnya dia tak percayakan peranan akhbar dan anggap membazir duit saja apabila mengadakan sidang media untuk memperkena­lkan produk drama terbarunya.

Dia tak gemarkan publisiti murahan. Baginya cukuplah jika sesebuah drama disiarkan di kaca TV kerana peminat pasti akan menontonny­a.

Tapi rupa-rupanya itu kisah ketika dia belum kenal mana-mana wartawan. Apabila sudah kenal lain pula jadinya apabila dia yang berlebihan melayan media.

Tak henti-henti dia buat majlis meraikan media yang tak pernah pun ambil hati dengan prasangka buruk yang pernah dikeluarka­nnya sebelum ini.

Bagi SS, ada baiknya kita amalkan hidup dalam suasana harmoni. Kalau pun ada prasangka, lemparkan jauh-jauh kerana kemesraan hanya akan terjalin apabila kita mengenali seseorang dengan lebih dekat.

SS: Suka beri layanan sama adil kepada semua pihak tidak kira siapa mereka. SS tak menafikan artis wanita kategori senior ini memang hebat kalau berlakon. Tak hairanlah apabila dia sering dapat tawaran berlakon termasukla­h daripada satu produksi ini.

Mulanya dia menyatakan setuju berlakon dan ini menggembir­akan penerbit terbabit. Tambahan lagi mereka dah biasa bekerjasam­a sebelum ini.

Tup tup menjelang hari penggambar­an dia buat-buat terkejut apabila ditanyakan perkara ini.

Mulalah dia salahkan pihak itu dan ini kononnya tak berbincang betul-betul dengannya. Penerbit ini mulanya geram juga tapi apa nak kata kalau orang dah tak sudi berlakon.

Dengan keadaan ekonomi meleset sekarang, banyak produksi yang agak kurang menghasilk­an drama.

Namun rezeki penerbit ini masih ada. Dia pun tawarkan satu watak untuk kawan kepada pelakon tadi.

Rupa-rupanya dia dapat tahu perkara ini dan dengan muka selamba dia boleh cakap kenapa sudah lama tak tawarkan dia berlakon. Siapa yang malu kalau berlaku perkara ini.

SS: Sama ada besar atau kecil, tetap bersyukur dengan rezeki daripada Allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia