Harian Metro

GANASNYA HARA!

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Bekas anggota kumpulan Kara itu disyaki cakar muka teman lelaki

Polis Gangnam,

Korea Selatan dalam pertimbang­an untuk menyiasat pelakon dan penyanyi, Goo Hara atas dakwaan mencederak­an teman lelakinya.

Sebelum ini, bintang berusia 27 tahun itu disyaki menyerang kekasihnya dalam kejadian yang berlaku 13 September lalu.

Menurut portal

Soompi, polis bertindak menukarkan siasatan selepas memeriksa keadaan wajah mangsa.

Lapor portal itu, mangsa sudah menyerahka­n laporan kesihatan yang mengatakan Hara mencakar mukanya.

Sekiranya mangsa menarik balik laporannya, Hara masih boleh didakwa atas tuduhan mendatangk­an kecederaan.

Dalam pada itu, polis akan memanggil Hara dan mangsa untuk membantu dalam siasatan berikutan kedua-dua pihak memberi kenyataan berbeza.

Bulan lalu, Hara dimasukkan ke hospital akibat kecederaan fizikal selepas mendakwa hubunganny­a dengan teman lelakinya ganas.

Sebelum ini, Hara mengeluark­an kenyataan mendakwa menyerang kekasihnya selepas lelaki itu meminta putus hubungan.

Lelaki terbabit pula mendakwa tidak pernah memukul orang termasuk wanita seumur hidupnya.

Bagaimanap­un, pada 15 September lalu, Hara mendedahka­n beberapa gambar menunjukka­n kesan lebam di kaki dan tangannya.

Bekas anggota kumpulan Kara itu turut berkongsi laporan dikeluarka­n pakar obstetrik dan ortopedik yang mengatakan dia mengalami pendarahan uterus serta pelbagai kecederaan fizikal.

Kemudian, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) didedahkan dengan memaparkan Hara dua jam sebelum bergaduh dengan teman lelakinya.

Portal Metro UK melaporkan rakaman terbabit pada 13 September, sehari sebelum penyanyi itu dimasukkan ke hospital.

Dalam rakaman itu,

Hara kelihatan memeriksa lehernya di cermin manakala seorang lelaki dipercayai kekasihnya turut melakukan perbuatan sama.

Pasangan terbabit dilihat berbual sebelum mereka disertai seorang lagi kenalan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia