Harian Metro

2 pesara terpedaya sindiket Macau Scam

-

Kuantan: Dua pesara kerajaan kerugian lebih RM70,000 selepas terpedaya dengan helah sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai polis dan pegawai bank serta mendakwa kononnya mangsa terbabit kes jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kes pertama membabitka­n seorang wanita warga emas berusia 63 tahun kerugian RM53,000 selepas diperdaya sindiket berkenaan, 20 September lalu.

“Sebelum itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai dari sebuah bank. Suspek mendakwa mangsa ada membuat pinjaman peribadi sebanyak RM70,000 dan gagal membuat bayaran selama tiga bulan.

“Mangsa menafikan perkara itu sebelum panggilan itu disambungk­an kepada seorang lagi suspek yang mendakwa sebagai polis bagi tujuan membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas dibuat semakan, anggota polis itu mendakwa mangsa turut terbabit dengan kes dadah dan aset wanita itu bakal dibekukan.

“Namun, untuk mengelak aset daripada dibekukan, mangsa diminta untuk memindahka­n semuanya wang simpananny­a ke dalam satu akaun bank yang diberikan suspek. Mangsa kemudian membuat tiga kali transaksi menjadikan jumlah keseluruha­n RM53,000.

“Selepas membuat pindahan seperti yang diminta, baru mangsa menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin,” katanya.

Sementara itu, Mohd Wazir berkata, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun kerugian RM20,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang turut menyamar sebagai pegawai sebuah bank.

“Pada 19 September lalu, mangsa menerima menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa wakil daripada sebuah bank mahu mengutip hutang bank. Suspek mendakwa mangsa ada membuat pinjaman wang peribadi sebanyak RM70,000 dan gagal membuat bayaran selama tiga bulan.

“Mangsa menafikan perkara itu dan panggilan telefon berkenaan disambung dengan seorang suspek yang menyamar sebagai pegawai polis. Selepas bercakap dengan pegawai polis berkenaan, mangsa dimaklumka­n turut terbabit dengan kes dadah dan aset pengadu perlu dibekukan.

“Sekiranya tidak mahu aset dibekukan, mangsa diminta untuk memindahka­n kesemua wang simpananny­a ke dalam akaun yang diberikan oleh pegawai polis itu. Mangsa yang takut kemudian memasukkan wang berjumlah RM20,000 ke dalam akaun yang diberikan suspek,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

 ??  ?? MOHD Wazir
MOHD Wazir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia