Harian Metro

Bapa mendiang Altantuya hampa

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my

„ Mahkamah Tinggi tolak guna pakai sabitan jenayah dalam kes saman

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak permohonan bapa mendiang Altantuya Shaariibuu mengguna pakai sabitan jenayah dalam kes saman RM100 juta yang difailkan mereka pada Julai lalu.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan demikian selepas kes difailkan Shaariibuu Setev itu didengar di dalam kamar hakim.

Peguam plaintif, Sangeet Kaur Deo, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata, mahkamah menolak permohonan itu berdasarka­n Seksyen 43 Akta Keterangan yang memerlukan plaintif membuktika­n semula pembunuhan berkenaan.

“Seksyen 43 melarang dan menghalang sabitan jenayah dalam tuntutan kes sivil. Ia berdasarka­n sistem undang-undang sedia ada.

“Seksyen terbabit itu berdasarka­n sistem perundanga­n di UK (United Kingdom). Tapi UK sudah mengubah perundanga­n mereka sama seperti di negara lain, mungkin ini adalah peluang kepada Pejabat Peguam Negara untuk meminda seksyen ini juga,” katanya.

Sangeet berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan esok manakala tarikh perbicaraa­n kes tuntutan pampasan RM100 juta itu ditetapkan pada Januari tahun depan.

Permohonan yang difailkan Shaariibuu itu, antaranya membabitka­n sabitan bersalah dua tertuduh utama kes pembunuhan warga Mongolia itu iaitu Azilah Hadhri dan Sirul Azhar.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsets­eg Sanjaa, serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshag­ai Bayarjarga­l dan Altanshaga­i Munkhtulga memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar, penganalis­is politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dan Kerajaan Malaysia dengan menuntut pampasan RM100 juta.

Mahkamah Persekutua­n pada Januari 2015 mendapati Azilah dan Sirul bersalah membunuh Altantuya dan menjatuhka­n hukuman gantung sehingga mati terhadap kedua-dua mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bersetuju supaya kes pembunuhan berprofil tinggi itu dibuka semula selepas bertemu Shaariibuu pada 20 Jun lalu.

 ??  ?? SANGEET di luar Mahkamah Shah Alam, semalam.
SANGEET di luar Mahkamah Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia