Harian Metro

Mohon bawa ke Mahkamah Tinggi

-

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon kes menerima wang hasil pengubahan wang haram dan mengemukak­an pernyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapiny­a, diipindahk­an ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Sarah Abishegam mewakili Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita selepas prosiding pengurusan kes itu berkata, pihaknya membuat pemohonan itu berdasarka­n alasan ia adalah bidang kuasa mahkamah tinggi untuk memindahka­n kes itu.

Peguam itu berkata, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Raja Shahril Anuar Raja Baniamin menetapkan pada 3 Oktober ini untuk mendengar permohonan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah.

Katanya, dalam prosiding di kamar timbalan pendaftar itu, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.yang mewakili pendakwaan tidak mengemukak­an bantahan.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak hasil aktiviti pengubahan wang haram dan membuat penyata tidak betul kepada LHDN.

Muhammad Shafee didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Peguam itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia