Harian Metro

Berkerusi roda selamanya...

- Ainal Marhaton Abd Ghani cnews@nstp.com.my

Hati ibu mana tidak sedih apabila anak yang dilahirkan normal dan cukup sifat terpaksa duduk di kerusi roda seumur hidup.

Itu perasaan dialami Noor Azrawati Johan, 39, apabila anaknya Muhammad Adib Nadhir Mohd Zaharizan, 12, disahkan menghidap penyakit

oleh doktor Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini sekali gus mengakibat­kan tidak boleh berjalan seumur hidup.

“Ketika penyakitny­a dikenal pasti, Muhammad Adib baru berusia dua tahun dan waktu itu saya seperti hilang arah kerana tidak menyangka sama sekali nasibnya menjadi sedemikian.

“Bagaimanap­un, selepas menghadiri rutin kaunseling selama beberapa tahun, akhirnya saya dapat terima hakikat dan reda dengan takdir yang menimpa dirinya,” katanya, semalam.

SMA sejenis penyakit berkaitan kelumpuhan dan pengecilan otot sekali gus menyebabka­n pergerakan tubuh pesakit menjadi sangat lemah.

Menceritak­an bagaimana penyakit anaknya itu dikesan, Noor Azrawati berkata, dia dan suami, Mohd Zaharizan Abd Mubin, 39, pekerja swasta hairan dan bimbang apabila anaknya masih tidak boleh berjalan walaupun sudah berusia setahun lebih.

Beliau yang juga kakitangan awam berkata, Muhammad Adib sama seperti bayi lain yang boleh meniarap, mengiring, menyusur, merangkak, duduk dan berdiri tetapi sehingga usianya 20 bulan, dia masih belum menunjukka­n tanda untuk melangkah atau berjalan berbanding abangnya, Muhammad Fitri Hakimi, 15, yang boleh berjalan pada usia 11 bulan.

“Bimbang dengan keadaan (tidak boleh berjalan) berkenaan, saya membawanya menjalani pemeriksaa­n di HTAA dan sampel darahnya diambil selain turut melakukan ujian imbasan x-ray dan MRI

“Dua bulan selepas ujian, doktor mengesahka­n Muhammad Adib menghidap SMA Tahap 2,” kata.

Muhammad Adib yang juga anak kedua daripada tiga beradik mula berkerusi roda pada usia empat tahun dan perlu dibantu sepanjang masa termasuk keperluan peribadiny­a.

„ Ibu tabah besarkan anak hidap Spinal Mascular Atrophy (SMA) Type 2

 ??  ?? NOOR Azrawati mengangkat dan meletakkan Muhammad Adib di atas kerusi roda sebelum dia atau rakan
anaknya menolak ke bilik darjah setiap pagi di Sekolah Kebangsaan
Beserah.
NOOR Azrawati mengangkat dan meletakkan Muhammad Adib di atas kerusi roda sebelum dia atau rakan anaknya menolak ke bilik darjah setiap pagi di Sekolah Kebangsaan Beserah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia