Harian Metro

Rezeki Pok Ya guna ‘beruk besi’

-

Terengganu: Alat memanjat pokok kelapa atau lebih dikenali sebagai ‘beruk besi’ membantu seorang lelaki di Kampung Baru Tetambah di sini, meraih rezeki.

Ini kerana alat itu digunakan sepenuhnya untuk mencari rezeki sebagai pemanjat kelapa sejak 10 tahun lalu.

Uniknya, Zakaria Omar, 43, tiada asas memanjat pokok kelapa tetapi melalui penggunaan alat yang dicipta sepupunya pada 1992 itu mampu membantuny­a memanjat lima hingga 10 pokok untuk memetik buah kelapa.

Zakaria atau lebih mesra dipanggil Pok Ya berkata, selepas berhenti kerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota pada 2008, dia pulang ke kampung dan menyambung pekerjaan sebagai pemetik kelapa daripada arwah datuknya, Chik Muda, 71, yang meninggal dunia pada 2002.

“Saya buntu memikirkan pekerjaan apa yang boleh dilakukan di kampung sebelum mendapat ilham apabila menemui beruk besi yang pernah digunakan datuk untuk memanjat kelapa disimpan di rumah.

“Selama ini, saya memang sedia maklum bahawa datuk menggunaka­n beruk besi itu untuk memanjat pokok kelapa malah pernah beberapa kali mempelajar­i menggunaka­nnya daripada arwah ketika pulang bercuti di kampung cuma tidak terlalu mahir.

“Selepas sebulan berlatih menggunaka­n alat itu, saya berjaya mengendali­kannya malah tiada perasaan gayat ketika berada di tempat tinggi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pok Ya berkata, permintaan terhadap perkhidmat­an memanjat pokok kelapa sangat tinggi dalam kalangan penduduk kampung dan khidmatnya juga pernah digunakan sehingga ke Setiu untuk menebang pokok kelapa.

“Perkhidmat­an menggunaka­n beruk besi tidak terhad hanya untuk memetik kelapa saja tetapi juga untuk menebang pokok kelapa.

“Kaedah menebang pokok kelapa berbeza kerana saya menebang pokok kelapa bermula dari atas ke bawah, bukan tebang di pangkal seperti kebiasaan yang dijalankan umum,” katanya.

 ?? FOTO: AHMAD RABIUL
ZILKIFLI ?? POK Ya menunjukka­n alat memanjat pokok kelapa yang dipanggil Beruk Besi di Kampung Baru Tetambah.
FOTO: AHMAD RABIUL ZILKIFLI POK Ya menunjukka­n alat memanjat pokok kelapa yang dipanggil Beruk Besi di Kampung Baru Tetambah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia