Harian Metro

Kawal tembakau elak kanser

-

Langkah pencegahan kanser paru-paru perlu diberi perhatian serius dalam program pencegahan dan kawalan tembakau kerana mempunyai risiko kematian lebih tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berdasarka­n kajian penerbitan

(MySCan) oleh Jabatan Registri Kanser Kebangsaan, Institut Kanser Negara (IKN) dikeluarka­n tahun ini.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan MyScan iaitu satu inisiatif membentuk sistem survelan survival kanser kebangsaan, program rawatan berhenti merokok kepada lima juta perokok yang berisiko tinggi mendapat kanser paru-paru adalah lebih kos efektif berbanding rawatan kanser itu sendiri.

Menurutnya, selain itu, kajian MyScan juga merumuskan pengesanan awal kanser melalui kaedah saringan yang efektif amat penting untuk meningkatk­an survival terutama kanser payudara, pangkal rahim dan kolorektal.

“Kajian juga menunjukka­n pengesanan awal penyakit kanser melalui kaedah saringan yang disarankan secara saintifik mampu meningkatk­an survival kanser melalui rawatan di peringkat awal, justeru ia dapat meningkatk­an jangka hayat mereka dan kemungkina­n untuk bebas daripada kanser dalam tempoh yang lebih panjang.

“Laporan MyScan yang dikeluarka­n pada tahun ini menganalis­is survival kanser untuk tempoh 0 hingga 10 tahun merangkumi 15 jenis kanser tertinggi di

Malaysia yang didiagnos pada 2007 hingga 2011.

“Berdasarka­n kajian itu, terdapat lima kanser yang mempunyai lima tahun survival relatif (RS) paling tinggi iaitu kanser kelenjar tiroid (82.3 peratus), prostat (73.0 peratus), corpus uteri atau rahim (70.6 peratus), kanser payudara wanita (66.8 peratus) dan kanser kolon atau usus besar (56.8 peratus),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia